"Pertama Kali Seumur Hidup" - Lelaki Terharu Dapat Kek Ulang Tahun Daripada Rakan Kerja
Rezeki dapat rakan kerja yang baik.
Sambutan ulang tahun sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang
Ada yang menyambutnya di restoran mewah atau kedai makan di luar. Namun, tidak dinafikan ada juga yang tidak berpeluang unrtuk menyambut hari ulang tahun.
Sams seperti kisah seorang lelaki ini apabila dia terharu kerana pertama kali mendapat kek ulang tahun daripada rakan kerja telah mencuri tumpuan.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Sebak sampai menitiskan air mata sebab dapat kek daripada rakan-rakan
Menerusi posting berkenaan, kelihatan gambar seorang lelaki sedang memotong kek ulang tahun yang dibeli rakan kerjanya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia sebak dan kelihatan terharu saat menerima keknya itu. Apabila ditanya majikannya, dia berkata itu pertama kali dia menerima kek. Selama ini tidak pernah disambut.
“Bila kita sampai di restoran, kita titipkan kek itu kepada pengurus restoran. Selesai makan, kek itu dibawa oleh waiter dan terus kami menyanyikan lagu Happy Birthday untuk Wan", kata majikannya.
Wan merupakan seorang office boy di syarikat guaman. Semua rakan kerjanya sangat menghargai kerja kerasnya.
Image via 杜韩念 (Facebook)
Ketika artikel ini ditulis, posting tersebut meraih 15K tanda suka, 800 komen dan 700 kongsian di Facebook
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut terharu. Malah, ramai yang mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Image via 杜韩念 (Facebook)
Image via 杜韩念 (Facbeook)
Image via 杜韩念 (Facebook)
Ikut sebak pula tengok, kadang tak perlu sambutan besar-besaran pun, keikhlasan itu yang buatkan orang terharu! :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment