Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pesta Hiburan Dalam Kereta Api Melampau, Pinkfish Festival Cemar Nama Baik KTMB - PAS

PAS gesa siasat kelulusan Pinkfish Express.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular mengenai pesta hiburan anjuran Pinkfish Express yang diadakan dalam gerabak kereta api Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Pesta tersebut diadakan pada Khamis lalu, 16 Mei 2024 sempena meraikan ulang tahun festival itu yang pertama.

Ekoran itu, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan pesta hiburan di atas gerabak keretapi milik (KTMB) adalah melampaui batas.

Menurut laporan Malaysia Gazette, beliau menyatakan pesta tersebut bertentangan dengan budaya ketimuran yang mengutamakan nilai tatasusila, kesopanan dan hiburan sederhana.

Image via @pinkfishfestival (Instagram)

Image via @pinkfishfestival (Instagram)

Malah, budaya berhibur melampaui batas seperti mana yang ditonjolkan dalam pesta hiburan itu sama sekali tidak mencerminkan nilai Rukun Negara dan mencemarkan nama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang merupakan aset negara bersejarah.

"Walau apa jua alasan digunakan bagi menjustifikasikan program ini, seperti contohnya bagi tujuan penjanaan kewangan, ia tetap tidak boleh diterima dan dilihat bertentangan dengan falsafah Malaysia Madani dibawakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan.

"KTMB merupakan salah satu daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berada bawah Kementerian Kewangan," katanya.

Cadang Kementerian Kewangan siasat kelulusan Pinkfish Express

Ia menimbulkan keraguan dan pihak PAS menggesa kerajaan mencari punca bagaimana program sebegitu boleh diluluskan kerana aktiviti maksiat seolah-olah dinormalisasikan menggunakan syarikat berkaitan kerajaan yang mempunyai simbolik begitu penting bagi imej dan maruah negara.

PAS juga menegaskan bahawa aktiviti yang melampaui batas dan mencemarkan imej KTMB ini tidak wajar diteruskan.

"Sederhana dalam berhibur adalah kunci kepada kemajuan," katanya.

Lihat video pesta hiburan itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment