"Pinjam Cincin Mertua"- Wanita Terima Hantaran RM7K Walaupun Ada Degree Ini Raih Pujian
Mudahnya urusan dia.
Mengikut perkahwinan Islam selain daripada rukun nikah, perkara yang penting diutamakan adalah mas kahwin
Di Malaysia, sudah menjadi adat wajib Melayu untuk memberikan wang hantaran kepada pihak pengantin perempuan. Kadang-kala hantaran ini ditentukan mengikut status dan tahap pendidikan pengantin perempuan tersebut.
Semakin tinggi tahap pendidikannya, maka semakin tinggilah wang hantarannya.
Namun, lain pula dengan seorang wanita ini apabila dia hanya menerima RM7,000 sahaja sebagai wang hantarannya walaupun dia memiliki segulung ijazah.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tidak mahu terikat dengan hutang, cukup sekadar menunaikan yang wajib sahaja
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aidaneusofff di laman sosial TikToknya, dia berkongsi tentang kisah perkahwinannya yang sederhana.
Difahamkan, wanita ini dirisik dengan hanya meminjam sahaja cincin ibu mertuanya sebagai tanda. Malah, dia juga berkahwin di pejabat agama tanpa pelamin.
Tambahan pula, dia berbuat sedemikian kerana ingin mengelakkan hutang dan bagi memudahkan urusan keluarganya.
Image via @aidaneusofff (TikTok)
Image via @aidaneusofff (TikTok)
"Yang penting buat yang wajib untuk menghalalkan pasangan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji tindakan wanita itu yang tidak kisah tentang nilai hantaran walaupun sudah mempunyai segulung ijazah.
Susulan tularnya video tersebut, kini video berkenaan telah meraih sebanyak 932.6K views, 83.2K likes dan 2,322 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @aidaneusofff (TikTok)
Image via @aidaneusoff (TikTok)
Image via @aidaneusofff (TikTok)
Image via @aidaneusofff (TikTok)
Lain orang, lain pendapatnya. Apa-apa pun tahniah buat pasangan pengantin ini! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment