"Pintu Terkunci" - Masukkan Anak Melalui Tingkap, Rupa-Rupanya Ramai Buat Perkara Sama
Nasib baik badan dia muat
Setiap kali keluar sahaja dari rumah, perkara pertama yang akan ditanya adalah kunci rumah bukan?
Jika tidak membawa kunci rumah, akan menjadi satu masalah apabila ingin masuk ke dalam rumah nanti.
Ada sesetengah orang, dia meletakkan kunci spare di dalam kereta ataupun di dalam kasut bagi mengelakkan kejadian 'pintu terkunci'.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, apabila keluarga itu memasukkan anaknya melalui tingkap gara-gara tidak membawa kunci rumah.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tingkap itu muat-muat sahaja untuk badan si kecil
Menerusi video yang dimuat naik oleh @kak.yah95, pasangan suami isteri itu memasukkan anaknya melalui tingkap.
Nasib menyebelahi mereka, apabila si cilik itu memahami suruhan mereka supaya membuka pintu sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.
Rata-rata netizen memuji kepandaian anaknya kerana mendengar kata. Jika tidak, ibu dan ayahnya duduk di luar menunggunya.
Image via @kak.yah95 (TikTok)
Image via @kak.yah95 (TikTok)
"Teringat zaman kecik dulu. Saya lah yg jadi mangsa masuk ikut tingkap setiap kali pintu bilik terkunci" - Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kepandaian si cilik dan turut berkongsi pengalaman mereka ketika diminta untuk masuk ke dalam tingkap.
Susulan tularnya video itu, video berkenaan telah mencecah sebanyak 999.7K views, 62.6K likes dan 1,146 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @kak.yah95 (TikTok)
Image via @kak.yah95 (TikTok)
Image via @kak.yah95 (TikTok)
Image via @kak.yah95 (TikTok)
Image via @kak.yah95 (TikTok)
Nasib baik adik tu pandai, kalau tak mak ayah dia termenung duduk dekat luar :P
Image via Giphy
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment