Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Polis Beri Amaran 'Jangan Sengaja Redah Banjir' Atau Kompaun RM300 Akan Dikenakan

Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengingkari amaran papan tanda di kawasan bencana banjir.

Cover image via Astro Awani Bernama

Orang awam diingatkan untuk tidak mengingkari arahan terutamanya meredah banjir di kawasan yang diletakkan papan tanda amaran kerana tindakan undang-undang akan diambil

Menurut laporan, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, pihaknya tidak akan berkompromi lagi dengan golongan itu apatah lagi, negeri itu mencatatkan beberapa kes pemandu meredah jalan yang sudah ditutup kerana dinaiki air dan terdapat laluan alternatif disediakan.

"Kita tidak akan bagi peluang dan memaafkan mana-mana individu yang berdegil dan ingkar dengan arahan diberikan.

"Sebelum ini, kita tidak ambil apa-apa tindakan namun selepas ini tindakan akan diambil mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana gagal mematuhi isyarat papan tanda.

"Bagi kesalahan itu, individu yang ingkar boleh dikenakan kompaun sehingga RM300," katanya.

Langkah penguatkuasaan itu adalah untuk melindungi orang ramai memandangkan terdapat individu yang hanyut bersama kenderaan apabila meredah air

"Kita berulang kali mengingatkan pemandu atau penunggang tidak mengambil risiko walaupun laluan itu adalah jalan yang biasa dilalui sebelum ini.

"Air banjir ini biasanya keruh dan kita tidak nampak keadaan sebenar jalan yang mungkin suduh runtuh atau rosak disebabkan banjir seterusnya berbahaya untuk pengguna jalan raya," katanya.

Sehingga kini, sebanyak tiga kes kenderaan meredah banjir direkodkan dengan semua kejadian itu berlaku di Kemaman.

Insiden terbaru berlaku kelmarin apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda dihanyutkan air di bawah jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Chukai.

Tiga sekeluarga nyaris maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dihanyutkan air di bawah jambatan LPT2 di Chukai.

Image via Ihsan PDRM

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment