Polis Kutip RM9.13 Juta Dalam 3 Hari, 32,500 Individu Bayar Saman Tertunggak Guna Diskaun
Kehadiran orang ramai ke reruai JSPT di program itu juga amat memberangsangkan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Polis mengutip bayaran saman trafik berjumlah RM9.13 juta sepanjang tiga hari penganjuran Program 2 Tahun Bersama Kerajaan Madani (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, bermula Jumaat lalu
Menerusi laporan dari Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, seramai 32,500 individu menyelesaikan saman tertunggak dengan diskaun 60 peratus.
"Bagi tempoh tiga hari bermula 22 hingga 24 November lalu, sebanyak 103,590 saman berjumlah RM9.13 juta dijelaskan melalui saluran yang disediakan di kaunter secara tunai dan e-payment.
"Antara kesalahan tertinggi ialah memandu laju, mengabai isyarat lalu lintas dan halangan lalu lintas," katanya.
Image via Harian Metro
Kaji penawaran diskaun saman menerusi aplikasi MyBayar PDRM
Menurutnya, jumlah kutipan bayaran saman bukan keutamaan JSPT, sebaliknya kadar penyelesaian saman tertunggak yang tinggi telah menunjukkan kesedaran orang ramai.
Beliau berkata kehadiran orang ramai ke reruai JSPT di program itu juga amat memberangsangkan.
"Polis sedang mengkaji penawaran diskaun saman menerusi kaedah tanpa tunai menerusi aplikasi MyBayar PDRM dalam usaha meningkatkan jumlah pengguna berdaftar.
"Justeru, JSPT menyarankan orang ramai tidak menunggu tawaran diskaun diumumkan untuk menjelaskan saman yang diterima kerana tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan," katanya.
Image via Harian Metro
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment