"Pomo" - Pergi Ke Pasar Thailand, Lelaki Ini Kongsi Nama Jenama Popular Yang Ditiru. Lucu!
Semua ditukarnya.
Jika kita singgah ke pasar malam atau street market, pasti kita akan nampak jenama barangan popular yang diubah namanya
Contohnya barangan jenama seperti Adidas atau Nike, Jika di pasar malam, ada yang menjual design mereka sendiri menggunakan jenama tersebut tetapi ditukar namanya.
Hal ini kerana, penjual boleh dikenakan tindakan tegas sekiranya menjual barangan cetak rompak. Jadi, sebab itulah ada sesetengah menukar jenamanya walaupun design dilihat sama.
Seperti perkongsian video di TikTok ini apabila seorang lelaki menunjukkan jenama-jenama kasut popular yang ditukar kepada nama yang berbeza telah mencuit hati.
Lihat video itu di bawah:
Kongsi jenama-jenama yang ditukar nama, memang kelakar
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di sebuah pasar. Difahamkan, dia berada di sebuah pasar di Hatyai, Thailand.
Dia kemudian berkongsi kasut-kasut dengan jenama popular yang diubah namanya.
"Fila, Eila, Puma, Pomo, Adidas, Adda, Vans, Pando, Nike, Nine," katanya
Image via @kupokku (TikTok)
"Asean market, Hatyai. Nasib tak terbeli Abibas hari tu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberi pelbagai reaksi mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 108K views, 4,388 likes dan 119 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @kupokku (TikTok)
Image via @kupokku (TikTok)
Image via @kupokku (TikTok)
Image via @kupokku (TikTok)
Image via @kupokku (TikTok)
Ini kalau tak perasan memang terbeli dah :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment