Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

PRN Johor: Tarikh Mengundi 'Pilihan Raya Negeri Johor' Ditetapkan Pada 12 Mac Ini - SPR

Hari penamaan calon pula jatuh pada 26 Februari dan tarikh untuk pengundi awal ditetapkan pada 8 Mac.

Cover image via Harakah Daily Bernama

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Surahanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac depan sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pula jatuh pada 26 Februari dan tarikh untuk pengundi awal ditetapkan pada 8 Mac.

“Selepas SPR mengadakan mesyuarat hari ini, tarikh mengundi bagi PRN Johor pada 12 Mac.

“Tarikh penamaan calon pada 26 Februari manakala tarikh mengundi awal pada 8 Mac,” katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Hanya dipisahkan majoriti satu kerusi iaitu 28 kerusi kerajaan berbanding 27 kerusi pembangkang di DUN

Khabar angin bahawa Johor bakal mengadakan PRN bertiup kencang susulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian meninggal dunia pada 21 Disember lalu.

Hal itu menyebabkan kestabilan kerajaan negeri Johor dilihat tidak kukuh kerana hanya mempunyai majoriti satu kerusi iaitu 28 kerusi berbanding 27 kerusi pembangkang di DUN.

Langkah untuk menstabilkan kedudukan politik di negeri ini, Barisan Nasional (BN) yang mengemudi kerajaan negeri Johor memilih untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment