"Pronunciation To The Sea" - Netizen Terhibur Tengok Cara Ini Gadis Speaking Slang Ganu
Lawaklah awak ni!
Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia
Sejak kecil lagi, kita memang diajar untuk bercakap bahasa Inggeris bersama keluarga dan rakan-rakan. Ia juga boleh menjadikan kita lebih konfiden untuk berkomunikasi dengan orang dari negara luar yang datang ke Malaysia.
Namun, tular pula sebuah video di TikTok ini apabila seorang gadis bercakap bahasa Inggeris menggunakan slang Terengganu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Spontan cakap bahasa Inggeris dengan loghat Ganu
Menerusi video yang dimuat naik oleh @hejeres, kelihatan gadis itu menjawab salah satu soalan daripada followersnya mengenai caranya bercakap bahasa Inggeris.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah dia bercakap bahasa Inggeris menggunakan loghat Terengganu yang sangat pekat. Malah, bahasa Inggerisnya juga didengar begitu simple dan straight forward.
Cara speakingnya ternyata membuatkan ramai terhibur. Tetapi, dia sebenarnya merupakan pelajar lulusan TESL dan memang pandai speaking. Dia sengaja bercakap seperti itu untuk tujuan hiburan saja.
Image via @hejeres (TikTok)
"Pandai akak blend slang dengan English tu. Hahaha up downg up downg" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 561.5K views, 63.7K likes dan 2.3K comments di TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat cara gadis itu speaking menggunakan loghat Ganu. Walaupun bahasanya bercampur, tetapi dia masih bercakap dengan lancar dan mudah difahami.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @hejeres (TikTok)
Image via @hejeres (TikTok)
Image via @hejeres (TikTok)
Image via @hejeres (TikTok)
Image via @hejeres (TikTok)
Image via @hejeres (TikTok)
Image via @hejeres (TikTok)
Image via @hejeres (TikTok)
Nampak je dia campur-campur dengan slang Ganu tu, tapi dia speaking laju tu. Power! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment