"Pusing Satu Mall Cari Kereta" - Situasi Lelaki Lupa Parking Ini Buat Ramai Boleh Relate
Lama juga dia mencari.
Sesat di dalam mall besar adalah perkara biasa bagi pengunjung
Malah, bukan setakat sesat tetapi sehingga terlupa di mana kali terakhir parking kereta. Iyalah, kalau mall banyak bangunan mestilah tempat parking pun luas dan besar.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, apabila seorang lelaki terlupa tempat parking keretanya di sebuah mall. Namun, cara lelaki itu bercakap dalam video telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selepas pusing selama 10 minit, akhirnya berjaya jumpa kereta
Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki itu bersama keluarganya sedang mencari tempat parking kereta mereka.
Namun, cara lelaki itu cakap dalam bahasa Inggeris seakan-akan seperti loghat Kelantan telah menarik perhatian netizen. Malah, mereka juga berkongsi pengalaman yang sama.
Dalam pada itu, dia turut berpesan kepada viewersnya supaya sentiasa ambil gambar tiang tempat parking jika tidak mahu tersesat seperti mereka.
Image via @iamadamshamil (TikTok)
Image via @iamadamshamil (TikTok)
"Pergi mall, tak jumpa kereta parking mana dan tak ingat level mana, last-last kami berpecah setiap level cari" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur melihat lelaki itu bercakap. Mereka juga berkongsi selain ambil gambar pada tiang, jumpa saja kedai pertama pun kena ambil gambar.
Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah meraih sebanyak 843.9K views, 123.3K likes serta 1,138 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @iamadamshamil (TikTok)
Image via @iamadamshamil (TikTok)
Image via @iamadamshamil (TikTok)
Image via @iamadamshamil (TikTok)
Image via @iamadamshamil (TikTok)
Nasib baik ramai, kalau tak jumpa time sorang-sorang mesti seram :D
Image via Tenor
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment