seismik

[VIDEO] "Terhempas Pintu Dengan Kuat" - Lakonan Semula Lelaki Ini Buat Ramai Boleh Relate

Kadang-kadang tak sengaja terhempas kuat.

Cover image via @imfakhri (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman kini, ramai yang buat parody atau lakonan semula untuk hiburkan orang ramai

Tambahan lagi, jika buat tentang kenangan zaman kanak-kanak dahulu. Lakonan yang dibuat oleh mereka boleh sekaligus mengamit memori dahulu.

Sama seperti video yang tular baru-baru, seorang lelaki melakonkan semula situasi terhempas pintu sebaik sahaja dimarahi ibunya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terus ambil hanger lepas terdengar bunyi hempas pintu

Menerusi video yang di muat naik oleh @imfakhri, dia melakukan semula situasi di mana keadaan bertukar cemas sebaik sahaja pintu terhempas dengan kuat selepas dimarahi ibunya.

Situasi itu membuatkan rata-rata netizen teringat kenangan lama semasa waktu kecil dahulu. 

Walaupun sudah memberi alasan tidak sengaja atau pintu terhempas disebabkan angin yang kuat, tetap juga dimarahi ibu bapa.

"Aku lagi lah, adik aku yang tutup pintu kuat sebab kena marah. Tiba-tiba mak aku datang, tak pasal-pasal aku yang kena" - Netizen

Susulan tularnya video itu, kini video tersebut telah mencecah sebanyak 1.8M views, 182.1K likes dan 1,330 comments di TikTok. Rata-rata netizen terhibur dan boleh relate dengan situasi yang dilakonkan.

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bagilah apa-apa alasan pun, tetap kena marah juga :P

Image via Askideas

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: