Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Raih Lebih 300K Views Di TikTok, Ini Resepi Royce' Chocolate Yang Paling Mudah & Sedap

Senang je nak buat rupanya.

Cover image via Live Japan Full of Plants

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Anda pasti tahu tentang coklat jenama Royce' yang menjadi kegilaan ramai itu, bukan?

Royce' Chocolate merupakan dessert coklat yang berasal dari Jepun. Jika anda pernah makan coklat ini, anda mesti setuju bahawa rasanya memang sedap dan cair di mulut.

Namun, tidak dinafikan bahawa harganya memang agak mahal dan Royce' Chocolate tidak beroperasi di semua tempat, jadi mungkin susah untuk mendapatkannya.

Oleh itu, kami kongsikan resepi ala-ala Royce' Chocolate daripada @alisyafashihah di TikTok.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Coklat masakan
  • Whipping cream
  • Unsalted butter
  • Serbuk koko

Cara penyediaan:

1. Potong 250g coklat masakan hingga menjadi ketulan kecil.

Image via @alisyafashihah (TikTok)

2. Kemudian, panaskan coklat masakan tadi menggunakan teknik double boil hingga ia cair.

Image via @alisyafashihah (TikTok)

3. Seterusnya, sediakan periuk dan buka api kecil. Masukkan 150g whipping cream ke dalamnya.

Image via @alisyafashihah (TikTok)

4. Masukkan pula 50g unsalted butter ke dalam periuk yang sama. Kacau hingga sebati hingga ia mendidih.

Image via googleapis.com

5. Bila sudah mendidih, terus angkat adunan dan campurkan ke dalam mangkuk berisikan coklat yang telah dicairkan sebentar tadi. Kacau hingga sebati.

Image via @alisyafashihah (TikTok)

6. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam loyang kek bersaiz 23 x 22 cm untuk dapatkan saiz dan ketebalan coklat yang paling sesuai. Sejukkan selama 3 hingga 5 jam.

Image via @alisyafashihah (TikTok)

7. Setelah disejukkan, anda boleh potong coklat yang dibuat. Seeloknya potong dengan saiz yang sama.

Image via @alisyafashihah (TikTok)

8. Taburkan serbuk koko ke atas coklat. Jangan tabur serbuk koko terlalu banyak kerana ia boleh menjadikan coklat anda pahit. Dah siap!

Image via @alisyafashihah (TikTok)

Wah, senang je rupanya nak buat coklat ni! Mesti sedap :)

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment