"Ramai Bakal Kena Saman" - Polis Pantau Kereta Guna Drone, Komen Netizen Pula Menghiburkan
Netizen Malaysia memang win!
Setiap pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan oleh kerajaan
Hal tersebut bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya di atas jalan. Perkara tersebut juga dapat mengelakkan sebarang kemalangan berlaku.
Pihak berkuasa seperti polis juga sentiasa bertugas untuk memantau dan mendenda sesiapa yang menyalahi peraturan jalan raya.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang polis menggunakan drone untuk memantau keadaan lalu lintas di jalan raya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Guna drone untuk tangkap orang yang tidak patuhi undang-undang
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang polis dan rakan-rakannya sedang bertugas untuk memantau keadaan lalu lintas di sebuah lebuh raya.
Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila mereka menggunakan teknologi kamera drone untuk melihat kereta. Lebih menarik perhatian lagi adalah apabila daripada paparan kamera itu, mereka mendapati sebuah kereta yang memandu di lorong kecemasan.
Perkara itu sama sekali menyalahi undang-undang jalan raya. Pihak polis seterusnya ingin menyiasat dan memberikan surat saman kepada pemandu yang terlibat.
Image via @muhdremy08 (TikTok)
"Bang alang alang dah tengok dari atas tu cuba tengok jalan yang berlubang tu" - Netizen
Susulan tulanrya video itu yang kini meraih sehingga 5M tontonan, 269K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @muhdremy08 (TikTok)
Image via @muhdremy08 (TikTok)
Image via @muhdremy08 (TikTok)
Image via @muhdremy08 (TikTok)
Wah, canggih betul ni. Hati-hati semua, kalau dah kena saman baru menyesal! :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment