Ramai Tak Tahu, Ini 7 Pulau Cantik Di Johor Yang Anda Wajib 'Explore' & Kunjungi. Wow!
Lawanya!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Percutian memang sesuatu perkara yang dapat menghilangkan rasa tekanan dan boleh menenangkan diri kita
Tambahan lagi jika kita bercuti dengan rakan-rakan ataupun ahli keluarga. Ada saja aktiviti yang akan dilakukan bersama. Memang best orang kata.
Namun, disebabkan pandemik Covid-19 sektor pelancongan terpaksa ditutup demi memutuskan rantaian wabak berbahaya itu.
Tetapi kini, kerajaan sedikit demi sedikit telah mengumumkan beberapa kelonggaran bagi sektor pelancongan.
Jom lihat 7 pulau menarik di Johor wajib kunjungi yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter.
Image via @arifeddy12 (Twitter)
1. Pulau Rawa
Image via JJ Travelling
Image via Rawa Island Resort
Pulau Rawa merupakan pulau yang agak kecil tetapi sekali anda masuk ke sini, memang anda akan terpegun melihat pemandangannya yang begitu indah dan cantik sekali. Terdapat dua pusat peranginan di pulau ini iaitu Rawa Island Resort dan Alang’s Rawa.
2. Pulau Sibu
Image via Trip Advisor
Image via Tempat Menarik
Bagi anda yang suka berjemur, snorkeling, scuba diving, trekking di hutan, menerokai paya bakau atau mengunjungi kampung tempatan, pastinya Pulau Sibu adalah tempat yang anda patut pergi. Pulau Sibu mempunyai chalet yang tarafnya 3 bintang iaitu Sari Pacifica Resort.
3. Pulau Harimau
Image via Tempat Menarik
Image via Berita harian
Sesuai untuk perjalanan setengah hari, anda boleh saksikan keindahan gua besar Pulau Harimau. Pemandangan yang sangat menakjubkan bila anda berada di puncak. Malangnya kini ia telah ditutup dan hanya boleh dilihat dari jauh.
4. Pulau Tinggi
Image via 1 Step 1 Footprint
Image via Shaz Resort
Pulau ini juga menempatkan tempat penetasan penyu yang boleh anda kunjungi. Selain itu, terdapat juga jungle trekking untuk mendaki ke air terjun. Jika anda bermalam, anda boleh memilih lawatan bot di sekitar hutan bakau untuk melihat kunang-kunang.
5. Pulau Tengah
Image via Pinterest
Image via Options The Edge
Pulau Tengah hanya mempunyai satu resort eksklusif saja iaitu Batu Batu Private Island Resort. Resort ini menawarkan pelbagai jenis vila. Sesuai untuk menikmati waktu bersantai di tepi pantai atau ‘berhoneymoon’ dalam keselesaan vila anda.
6. Pulau Dayang
Image via Jom Cuti
Image via 1Step 1Footprints
Pernah tak anda terfikir seperti mana syurga di bumi ini? Pulau Dayang adalah jawapannya! Rasai pengalaman hiking yang agak sukar untuk sampai ke puncak dan juga tidak mudah untuk menuruni bukit. Anda tentunya tidak melupakan pemandangan indah di sini!
7. Pulau Besar
Image via Ami Travel
Image via Happy Go KL
Akhir sekali, habiskan hari anda menjelajahi pantai-pantai yang tenang di sekitar Pulau Besar. Terdapat beberapa resort di sini dengan pemandangan indah. Tidak hairanlah jika pulau ini dianggap sebagai taman laut untuk mereka yang sukakan dunia bawah laut.
Siapa yang minat sangat nak pergi pulau, mungkin korang boleh explore tempat-tempat ni. Nampak menarik! :D
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment