Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam" - Jom Cuba Resepi Risoles Ayam Indonesia Yang Enak Ini

Wah, sedapnya!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Risoles sememangnya terkenal lebih-lebih lagi di negara jiran, Indonesia

Risoles ayam versi Indonesia sangatlah sedap kerana isinya yang berkim dan penuh dengan inti ayam serta kentang.

Cara nak membuatnya juga mungkin mengambil sedikit masa tapi hasilnya pasti akan buat anda puas hati!

Jom ikuti perkongsian resepi risoles ayam daripada @izzatulakmall di TikTok ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kentang
  • Lobak merah
  • Daun bawang
  • Bawang putih
  • Isi ayam
  • Mentega
  • Garam
  • Gula
  • Susu segar
  • Cheese
  • Tepung gandum
  • Telur
  • Minyak masak
  • Serbuk roti

Cara-cara penyediaan:

1. Pertama sekali, kupas dan potong kentang, lobak merah serta bawang putih. Kemudian, potong juga daun bawang dan isi ayam dengan kecil.

Image via @izzatulakmall (TikTok)

2. Seterusnya, masukkan sedikit mentega. Kemudian, tumiskan kesemua bahan tadi ke dalam kuali sehingga isi ayam masak.

Image via @izzatulakmall (TikTok)

3. Kemudian, masukkan sedikit garam dan gula mengikut cita rasa anda.

Image via @izzatulakmall (TikTok)

4. Masukkan pula susu segar dan cheese lalu tuangkan sedikit tepung gandum yang telah dicampur air. Kemudian, kacau hingga sebati.

Image via @izzatulakmall (TikTok)

5. Untuk membuat kulitnya yang rangup pula, sediakan 300g tepung gandum dan masukkan sedikit garam.

Image via @izzatulakmall (TikTok)

6. Kemudian, masukkan satu biji telur, sedikit minyak masak dan susu segar. Kacau hingga sebati.

Image via @izzatulakmall (TikTok)

7. Masak sekejap adunan kulit risoles tadi dan angkat semula untuk diisi inti yang telah dibuat.

Image via @izzatulakmall (TikTok)

8. Lipat kulit risoles bersama intinya dengan kemas. Kemudian, celupkan dengan air tepung gandum dan serbuk roti sebelum menggorengnya hingga keemasan.

Image via @izzatulakmall (TikTok)

9. Dah siap! Memang sedap sangat makan Risoles Ayam Indonesia ini panas-panas.

Image via @izzatulakmall (TikTok)

Sedapnya risoles ayam! Baik anda pun buat juga di rumah :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment