"Rapid KL x Mechamato" - Semua Excited Tangkap Robot Jahat Siap Dalam Claim Free Toys
Boleh bawa anak-anak korang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini Rapid KL melancarkan tren dan bas bertemakan ikon animasi tempatan 'Mechamato' yang berkolaborasi bersama Monsta Studios bertujuan menarik minat generasi muda
Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail Sdn Bhd, Nor Azmi Mohd Yusof, berkata inisiatif berkenaan bukan sahaja mampu menarik perhatian generasi muda tetapi turut memupuk kesedaran awal tentang pentingnya penggunaan pengangkutan awam.
Tambahnya, mereka berharap pelancaran tren dan bas Mechamato ini akan menggalakkan generasi muda serta keluarga menggunakan pengangkutan awam sambil menikmati pengalaman menyeronokkan khususnya kanak-kanak.
Difahamkan, sebanyak tiga tren dan tiga bas Rapid KL juga dihiasi dengan reka bentuk bertemakan Mechamato.
Orang awam kongsi anak-anak teruja naik 'Rapid KL x Mechamato'
Menerusi perkongsian video di TikTok @raanaafia, kelihatan seorang individu berkongsi aktiviti cuti sekolah anak-anaknya dengan membawa mereka menaiki pengangkutan awam Rapid KL X Mechamato.
Malah, dapat dilihat kanak-kanak itu begitu aktif meneroka dan mengumpul cop dalam pengembaraan itu.
Tambahnya, mereka menyelesaikan misi tersebut selama lebih kurang empat jam dengan hanya membeli pas harian tanpa limit RM6.
"Dinasihatkan bawa air, pakai baju dan kasut yang selesa sebab banyak berjalan. Ade sesetengah tempat kena tukar train, so kena bejalan sikit," tulisnya.
Difahamkan, anda perlu mengumpul minimum 12 cop daripada 15 stesen. Untuk membolehkan anda mengaambil 'pasport' dan penebusan hadiah.
LRT Laluan Kelana Jaya
- Kelana Jaya
- Taman Jaya
- Bangsar
- Kampung Baru
- Ampang Park
LRT Laluan Ampang
- Ampang
- Maluri
- Chan Sow Lin
- Bukit Jalil
- Sri Petaling
Laluan Monorel
- KL Sentral
- Hang Tuah
- Bukit Bintang
- Bukit Nanas
- Titiwangsa
Lihat video penerangan di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment