[RASMI] Genjatan Senjata Antara Israel & Hamas Berkuat Kuasa Bermula Hari Ini Di Gaza
Difahamkan, genjatan senjata tersebut bermula pada jam 7 pagi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan Qatar yang bertindak sebagai perunding antara Israel dan Hamas memaklumkan, gencatan senjata selama empat hari seperti yang dipersetujui kedua-dua pihak yang terlibat dalam peperangan hampir tujuh minggu itu akan berkuat kuasa pada pukul 7 pagi (waktu tempatan), hari ini
Menerusi laporan Berita Harian, perjanjian gencatan senjata yang difasilitasi oleh Qatar dengan bantuan Mesir dan Amerika Syarikat (AS) sepatutnya berkuat kuasa semalam tetapi ditangguhkan selepas halangan saat akhir.
"Jeda akan bermula pada 7 pagi (0500 GMT) pada Jumaat (1 tengah hari waktu Malaysia)... dan kumpulan pertama tebusan awam akan diserahkan kira-kira jam 4 petang (1400 GMT) (10 malam waktu Malaysia)," kata jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari semalam.
Dalam masa sama, Qatar juga menjangkakan, seramai 13 tebusan rakyat Israel yang berada dalam tawanan Hamas juga akan dibebaskan pada Jumaat.
Banduan Palestin yang ditahan di penjara Israel juga akan dibebaskan hari ini, kata Majed al-Ansari.
Image via Berita Harian
Membenarkan sekurang-kurangnya 50 tebusan dan puluhan tahanan Palestin dibebaskan ketika gencatan senjata
"Dalam tempoh empat hari ini, maklumat akan dikumpul mengenai tebusan yang lain untuk mempertimbangkan kemungkinan lebih banyak pembebasan dan dengan itu melanjutkan jeda," kata Majed Al Ansari.
Mengulas mengenai jeda, Ansari berkata ia memerlukan gencatan senjata sepenuhnya... tanpa serangan dari udara atau darat, sambil menambah beliau berharap tidak akan ada pelanggaran.
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa secara berperingkat-peringkat yang boleh dilanjutkan dan diperluaskan. Ia juga bertujuan memberikan bantuan kepada 2.4 juta penduduk Gaza.
"Perjanjian itu, ia masih... berkuat kuasa dan seperti yang dipersetujui," kata Majed Al Ansari.
Sepanjang gencatan senjata, ia berkata 50 tebusan membabitkan wanita dan lelaki berumur 18 tahun ke bawah akan dibebaskan dengan tiga tahanan Palestin akan dibebaskan bagi setiap seorang daripada mereka.
Menurut kenyataan Hamas, kesemua 13 tebusan itu akan memasuki Israel melalui dua lokasi iaitu Nitzana yang juga sempadan dengan negara Mesir dan akses kedua melalui Kerem Shalom iaitu di seberang Gaza.
Sebaik tiba di wilayah Israel, kesemua tebusan yang dibebaskan akan dibawa menaiki helikopter menuju hospital terdekat di Tel Aviv bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.
Sebagai rekod, pegawai Israel berkata kira-kira 1,200 orang terbunuh dan kira-kira 240 dijadikan tebusan.
Selain itu, menurut Hamas pengeboman tanpa henti Israel dan pencerobohan darat sejak itu telah meragut lebih 14,000 nyawa kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment