Reaksi Remaja Tadah Tangan 'Berdoa' Ketika Debat Bahasa Arab Ini Jadi Perhatian
Risau Kalau semua bahasa arab dia tadah tangan.
Penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan rakyat Malaysia semakin kehadapan
Pendidikan Bahasa Arab mempunyai kedudukan yang unik dalam sistem pendidikan di Malaysia. Bahasa Arab merupakan asas dalam pendidikan pondok dan sistem sekolah aliran agama suatu ketika dahulu, namun kini menjadi salah satu mata pelajaran dalam arus pendidikan perdana.
Malah, pelbagai pertandingan dan kompetitif yang melibatkan penggunaan bahasa Arab seperti nasyid, musamarah, debat bahasa Arab dan lain-lain. Secara tidak langsung, perkara ini mampu memberi kesan yang baik dalam penguasaan bahasa Arab dalam kalangan para pelajar di Malaysia.
Baru-baru ini, tular sebuah video berkenaan seorang remaja lelaki yang menadah tangan berdoa ketika berlangsungnya debat Bahasa Arab di International Islamic University Malaysia (IIUM) di Gombak. Tindakannya itu turut meraih tawa dan perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba tadah tangan seakan-akan berdoa ketika debat sedang berlangsung
Menerusi video yang dikongsi oleh @ibaddu di Tiktok, tindakan remaja tersebut menadah tangan seakan-akan berdoa ketika berlangsungnya debat bahasa Arab. Secara tidak langsung, perkara tersebut telah meraih perhatian ramai dan menjadi satu topik yang menghiburkan.
Secara amnya, penggunaan bahasa Arab di Malaysia sering dikaitkan dengan tatacara dan bacaan ketika beribadah dalam kalangan orang Islam.
Tambahan pula, penggunaan bahasa Arab dalam segelintir rakyat Malaysia masih tidak mencapai satu tahap yang tinggi. Jadi, ada sesetengah rakyat di negara ini masih kekok dan janggal dengan pertuturan bahasa Arab secara harian.
Image via @ibaddu
Image via @ibaddu
"Patut time dia pause kejap tu kau laung Amin kuat-kuat" -Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan bertanya tentang aktiviti yang sedang berlangsung ketika video tersebut dirakam.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 42K views, 3.9K likes dan 51 comments di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada warganet di TikTok:
Image via @ibaddu (TikTok)
Image via @ibaddu (TikTok)
Image via @ibaddu (TikTok)
Kita pula yang risau tengok budak ini :)
Image via TENOR
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment