[VIDEO] Kena Rehearsal Hari Bertunang, Bapa Ajar Cara Berjalan Ini Cuit Hati Ramai
Comel je ayah dia ajar cara berjalan tu.
Sebagai perempuan, sudah tentu kita mahu tampil cantik dan berseri pada hari bersejarah dalam hidup
Terutamanya untuk mereka yang bakal bertunang, pastinya akan membuat persiapan awal bagi memastikan segala proses berjalan dengan mudah dan lancar.
Baru-baru ini, tular dalam sebuah video di TikTok mengenai seorang ayah yang mengajar anaknya cara berjalan di hari pertunangan telah meraih perhatian ramai.
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Rehearsal cara berjalan malam sebelum bertunang
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ffzti di TikTok, kelihatan ayah gadis tersebut sedang gigih menunjukkan cara berjalan yang 'betul' pada malam sebelum hari pertunangannya.
Dalam video berkenaan, ayahnya kelihatan serius dalam melatih anaknya berjalan menuruni tangga.
Menurut kenyataan gadis tersebut dalam video, ayahnya 'emosi' melihat anaknya yang 'kayu' dan tidak dapat berjalan perlahan ke arah pelamin.
Dapat dilihat dalam result video berkenaan, gadis itu berjaya berjalan mengikut apa yang diajar oleh ayahnya.
Image via @ffzti (TikTok)
Image via @ffzti (TikTok)
"Siap ada rehearsal. Terbaik Abah" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memuji gelagat ayah gadis itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 146.1K likes dan 2,014 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok.:
Image via @ffzti (TikTok)
Image via @ffzti (TikTok)
Image via @ffzti (TikTok)
Image via @ffzti (TikTok)
Semoga segala urusan mereka nanti berjalan dengan lancar. InsyaAllah :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment