Sedap & Mudah, Ini Resepi Onde-Onde Coklat Meleleh Anda Boleh Buat Sendiri
Terliur tengok!
Bagi peminat kuih-muih, onde-onde pasti menjadi salah satu kuih kegemaran anda betul tak?
Tambahan lagi bila tiba bulan Ramadan. Rasa macam tidak lengkap tidak ada kuih ini semasa berbuka puasa. Bentuknya yang kecil dan lembut memang mudah untuk makan.
Kebiasaannya, kita akan melihat onde-onde biasa iaitu menggunakan gula Melaka betul tak? Kali ini, kami nak kongsikan kepada anda resepi berbeza inti onde-onde iaitu dengan menggunakan coklat. Dengar pun dah terliur kan.
Jom kita lihat cara buatnya di bawah:
Bahan-bahan:
- ½ sudu besar garam
- 1 ½ cawan susu coklat
- Coklat (secukupnya)
- Kelapa parut (secukupnya)
Cara membuat:
1. Sediakan bahan dan peralatan memasak
Pertama sekali, anda perlu menyediakan mangkuk dan masukkan tepung pulut, garam dan susu coklat.
Image via @seismikmakan (Instagram)
Image via @seismikmakan (Instagram)
2. Uli doh
Selepas selesai memasukkan semua bahan, uli sehingga menjadi doh.
Image via @seismikmakan (Instagram)
Image via @seismikmakan (Instagram)
3. Masukkan coklat dalam doh
Langkah ketiga adalah, sekarang anda perlu ambil sebahagian kecil doh dan masukkan coklat. Bulatkan. Ulang langkah yang sama sehingga doh habis.
Image via @seismikmakan (Instagram)
4. Masukkan onde-onde dalam air panas
Seterusnya, panaskan air dan masukkan onde-onde. Tunggu sehingga ia timbul dan angkat.
Image via @seismikmakan (Instagram)
5. Ambil kelapa parut dan gaulkan
Dah siap angkat onde-onde anda, kemudian gaulkan bersama kelapa parut. Anda kini sedia untuk menikmati onde-onde anda!
Image via @seismikmakan (Instagram)
Lihat video penuh masakan di bawah:
Sedapnya dapat onde-onde ni. Dapat pula makan panas-panas. Fuh! :D
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment