Tak Ada Idea Nak Masak Apa? Nantikan '30 Hari 30 Resepi Ramadan' Lengkap Bersama Marsila!
Banyak menu berbuka dan sahur tau!
Tiba lagi bulan Ramadan pada tahun ini, macam cepat masa berlalu kan?
Bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia untuk seluruh umat Islam. Pada bulan puasa inilah, semua diwajibkan untuk menahan diri daripada rasa lapar dan dahaga.
Sudah tentu, banyak memori dan peristiwa yang kini nanti-nantikan semasa bulan Ramadan. Antaranya termasuk menyediakan juadah bersama yang tersayang bukan?
Haa, kehilangan idea nak masak apa untuk berbuka dan sahur? Jangan risau!
'30 Hari 30 Resepi Ramadan' hadir menjadi penyelamat anda!
Nantikan siri terbaru 30 Hari 30 Resepi Ramadan bersama Marsila Hassan.
Siri ini merupakan kerjasama antara Seismik Makan dan Buletin FM. Jangan lupa saksikan siri ini bermula 23 Mac hingga 22 April, jam 12 tengah hari tau!
Pelbagai menu berbuka dan sahur menarik yang anda akan pelajari. Bolehlah sediakan untuk buka puasa nanti.
Lagi best, banyak tetamu jemputan yang memeriahkan lagi siri-siri video resepi ramadan ini. Must watch!
Jangan lupa untuk saksikan video penuh di Instagram Seismik Makan dan strim Buletin FM di Audio+! :D
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!