Nak Sediakan Minum Petang? Ini 2 Resepi Mudah & Sedap Sesuai Dihidang Untuk Keluarga Anda!
Nak lebih sedap dan sihat, gunakan minyak sawit.
Sering kehilangan idea tak tahu nak hidangkan apa untuk minum petang?
Kadangkala, anak-anak dan family dah menunggu setiap hidangan petang. Dah terlalu biasa kita hidangkan biskut cicah teh panas saja kan? Sampai mereka pun dah naik bosan.
Apa kata kita cuba hidangkan minum petang yang ekstra, barulah family dan anak-anak serbu makanan kita. Haa, licin pinggan jadinya!
Jom sediakan resepi minum petang yang mudah dan confirm sedap ni!
Tak salah kalau kita lebihkan effort untuk sediakan minum petang dekat rumah, tambahan lagi kalau ada kawan-kawan atau saudara-mara yang datang ke rumah. Mesti rumah bertambah meriah!
Resepi minum petang kali ini mudah saja, iaitu Cucur Udang Rangup dan Nasi Goreng Cina mudah. Tunggu apa lagi? Jom tonton resepi penuh di bawah.
Haa, terliur kan tengok makanan yang disediakan? Tunggu apa lagi guys, jom cuba resepi ini sekarang!
Nak lagi sedap? Gunakan 'Minyak Sawit Malaysia, Penuh Kebaikan'!
Minyak sawit mempunyai nisbah asid lemak yang seimbang tau. Ia terdiri daripada 50% lemak tepu iaitu asid palmitik dan asid stearik manakala 50% lemak tak tepu seperti asid oleik dan asid linoleik yang dikenali sebagai lemak Omega-9 dan Omega-6.
Selain itu, minyak sawit mengandungi banyak fitonutrien yang menyihatkan seperti tokotrienol vitamin E, provitamin A dikenali sebagai karotenoid, fitosterol, koenzim Q10 dan lain-lain lagi. Kesemua ini merupakan antioksidan yang berkesan dan boleh membantu untuk mencegah penyakit.
Lepas ini, bolehlah gunakan minyak sawit sebagai minyak masak anda di rumah. Haa, lebih sihat dan seimbang!
Ketahui lebih lanjut di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!