"Respect Her" - Tindakan Pelajar India Suap Rakan Sindrom Down Makan Buat Ramai Tersentuh
Kasih sayang seorang rakan.
Pasti kita semua mempunyai rakan baik di zaman persekolahan bukan?
Banyak kenangan pahit dan manis kita bersama. Sudah tentu, ia adalah sebuah memori yang tidak dapat dilupakan.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan tindakan seorang pelajar India menyuap rakannya makan telah menyentuh hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Cikgu tersentuh hati lihat tindakan pelajar
Menerusi video tersebut, kelihatan suasana ketika sesi rehat di sebuah sekolah pendidikan khas.
Difahamkan, rakaman itu telah diambil oleh salah seorang guru. Namun, apa yang membuat dia tertarik adalah melihat tindakan oleh seorang pelajar berbangsa India yang menyuap rakannya dengan seikhlas hati.
Rakannya itu difahamkan menghidap down syndrome yang mempunyai masalah rabun dan makan agak lambat.
Image via @azizahazedi (TikTok)
Image via @azizahazedi (TikTok)
"Terasa macam ibu suapkan anak, simple content ni tapi mendalam maksudnya" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pujian dengan tindakan pelajar itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 520.6K views, 58K likes dan 2,597 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @azizahazedi (TikTok)
Image via @azizahazedi (TikTok)
Image via @azizahazedi (TikTok)
Image via @azizahazedi (TikTok)
Image via @azizahazedi (TikTok)
Image via @azizahazedi (TikTok)
Baiknya dia, dapat dijadikan contoh untuk orang ramai :)
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment