Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Rider Ini Sampai Terduduk, Pelanggan 'Reject' Order & Minta Ganti Rugi Kek Rosak

Kesian dia.

Cover image via @fatinafifahzaid (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekerja sebagai seorang rider bukanlah satu perkara yang mudah

Hal ini kerana kerja tersebut berisiko dan banyak cabarannya. Tambahan lagi jika dapat pula pelanggan yang banyak 'cerewet'. Perlu turuti apa saja kemahuan mereka, iyalah nak cari rezeki ini bukan senang.

Situasi itu sama seperti video di TikTok ini apabila seorang wanita suaminya yang berada dalam keadaan duduk sambil memakan kek yang tidak diterima pelanggan hanya disebabkan sedikit kerosakan telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Pelanggan minta ganti rugi sebab kek rosak sedikit

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita berkenaan berkongsi momen sebak ketika suaminya duduk di lantai rumah mereka.

Difahamkan, suaminya yang bekerja sebagai rider terpaksa mengeluarkan duit sendiri selepas seorang pelanggan menolaknya dan meminta agar dia menggantikan kek tersebut kerana mempunyai sedikit kerosakan.

Namun begitu, mereka redha dengan apa yang telah terjadi dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Image via @fatinafifahzaid (TikTok)

"Bertuah dapat suami yang penyabar, Allah akan bagi rezeki lain tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 153.5K views, 3,715 likes dan 446 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @fatinafifahzaid (TikTok)

Image via @fatinafifahzaid (TikTok)

Image via @fatinafifahzaid (TikTok)

Mungkin ada hikmah, Allah nak gantikan dengan yang lebih baik :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment