seismik

Tulisan Masih Cantik Walau Tulis Terbalik, Video Jururawat Ini Raih Pujian Netizen

Hebatlah awak.

Cover image via @einafaizal__ (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang mempunyai cara dan keselesaan sendiri semasa menulis

Ada yang suka buku disengetkan sikit, ada yang suka tegak dan sebagainya. Ia terpulang kepada keselesaan kita sendiri.

Kebiasaannya, sudah tentu kita akan menulis dalam keadaan menegak agar tulisan nampak lebih kemas dan cantik.

Namun, berbeza pula dengan seorang wanita ini yang mempunyai skil menulis dalam keadaan yang terbalik telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@einafaizal__ buku terbalik tu...brpe tahun dh tegur2 tp mcmni jgk gayanya...#andahebatandaluarbiasa Hiding Hiding X Amandel Hard - Azay DTM

Tulisan masih cantik walaupun terbalik

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu berkongsi rakaman seorang jururawat yang sedang menulis.

Apa yang lebih mencuri perhatian adalah dia memiliki kebolehan dengan menulia secara terbalik. Bukan itu sahaja, tulisannya juga dilihat agak cantik dan kemas.

“Buku terbalik tu, berapa tahun dah tegur tapi macam ni juga gayanya,”
tulisnya pada kapsyen video tersebut.

"Unik, saya pun kidal juga, tapi senget jelah bukunya" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memuji kelebihan yang ada pada jururawat itu. Malah, tidak kurang juga yang berpendapat hanya golongan kidal yang memiliki bakat berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 682K views, 15.6K likes dan 1,116 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Bukan semua orang boleh tulis terbalik tu. Power power :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: