seismik

Acara Suami Pakai Tudung Paling Cantik, Video Di ‘Family Day’ Keluarga Ini Menghiburkan

Berdekah weh!

Cover image via @shasalih (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari Keluarga merupakan sambutan untuk meraikan kepentingan ikatan dalam kekeluargaan

Kebiasaannya, seluruh keluarga sanak-saudara akan berkumpul dan bercuti bersama untuk meluangkan waktu mereka. Pada masa itulah banyak aktiviti dan permainan yang akan dilakukan bersama. Sudah tentu ia amat menyeronokkan.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini yang memaparkan pertandingan hari keluarga telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Pertandingan pakai tudung paling cantik dan kemas

Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsungnya acara sukaneka hari keluarga iaitu pertandingan memakai tudung paling cantik dan kemas dalam kalangan suami.

Apa yang lebih melucukan adalah gaya dan gelagat suami-suami yang berusaha memakai tudung agar dapat memenangi pertandingan tersebut.

"Baru dia tahu betapa susahnya nak bentuk tudung haha" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video keluarga berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 239.7K views, 3,886 likes dan 240 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Itu baru tudung bawal, belum lagi shawl tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: