seismik

Bosan Tunggu Traffic Light Lama Sangat, Lakonan Gadis-Gadis Ini Buat Ramai Boleh Relate

Betul tu!

Cover image via @ysfiqaa (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi pengguna jalan raya, lampu isyarat adalah sangat penting dan perlu dipatuhi

Hal ini kerana ia dapat mengawal dan membantu untuk mengurangkan lagi kemalangan yang berlaku di jalan raya.

Namun, kadangkala menunggu lampu isyarat yang terlalu lama ini boleh menyebabkan kita bosan di dalam kereta.

Seperti video lakonan daripada dua orang gadis ini yang membuatkan ramai boleh relate semasa menunggu lampu isyarat telah menarik perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Sempat buat macam-macam aktiviti masa tunggu lampu hijau

Menerusi video tersebut, kelihatan mereka menunjukkan sedang berada di sebuah lampu isyarat di Shah Alam.

Difahamkan, ramai yang tahu akan betapa lamanya lampu isyarat tersebut di kawasan tersebut. Apa yang lebih melucukan adalah dek kerana lama nak menunggu lampu bertukar hijau, mereka sempat menunjukkan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di dalam kereta.

"Tu belum lagi kalau kenderaan depan sekali tak berhenti atas sensor" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan ramai yang boleh relate dengan situasi tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 72.3K views, 5,638 likes dan 86 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Betul tu, macam-macam boleh buat dalam kereta :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: