"RIP Kidney" - Influencer Makan Pil Suplemen Untuk Kulit Ini Timbul Persoalan Ramai
Banyak pula tu dia telan.
Tidak dinafikan, ada yang mengambil suplemen untuk meningkatkan imuniti badan
Kebiasaannya, ramai yang mengambil pil suplemen seperti Vitamin C. Namun, ada juga yang mempunyai masalah kesihatan sehingga perlu mengambil suplemen sampingan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang influencer makan pil suplemen dengan kuantiti yang banyak telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Makan sejumlah pil suplemen untuk kulit
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang influencer memuat naik videonya makan pil suplemen di TikTok. Video itu kemudian tular di laman Twitter dan raih perhatian ramai.
Apa yang lebih mengejutkan ramai adalah apabila wanita itu dilihat memakan sejumlah pil yang banyak. Antaranya termasuk pil sunblock dan pil hydration untuk kulit kering. Perkara itu mengundang persoalan ramai pihak di Twitter.
Lihat posting penuh itu di bawah:
"People who eat supplements just wanna shortcut sebab dia malas. Malas nak minum air, malas nak pakai sunscreen. Ada yang makan supplement Vitamin C pun sama, malas nak makan buah buahan. Semua tu boleh dapat kat natural ingredients" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2K retweets, 949 quote tweets, 4K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Nak lagi sihat, makan saja buah-buahan dan sayur-sayuran. Banyak juga vitamin boleh dapat!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment