Risau Badan Naik Masa PKP? Jom Buat 7 Senaman Mudah Ini Di Rumah Untuk Kekal Fit!
Jom bakar lemak semula, daripada kita duduk rumah asyik makan je.
Setiap kali masuk tahun baru, mesti kita berazam mahukan sesuatu yang positif termasuklah azam untuk kuruskan badan
Lebih-lebih lagi bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) baru saja diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu.
Sudah pasti kita tidak dapat melakukan aktiviti beriadah di luar gara-gara prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Maka, ramailah yang akan kembali menghabiskan masa di rumah dengan memasak pelbagai menu baru atau membuat pesanan makanan secara online.
Persoalannya, macam mana nak kurus dan kekalkan badan yang sihat kalau asyik makan tanpa membuat senaman?
Demi menjaga kesihatan diri yang baik, berikut di bawah adalah senarai 7 senaman mudah yang anda boleh lakukan di rumah semasa PKP:
1. Lompat Bintang
Image via Kevin Zahri (YouTube)
Lompat bintang adalah salah satu senaman yang paling mudah untuk dilakukan seorang diri ataupun bersama keluarga. Ianya dapat menyihatkan jantung kita serta meningkatkan stamina tubuh badan.
Selain itu, senaman ini juga bertujuan untuk menguatkan otot lengan dan peha, seterusnya dapat mengurangkan stres yang tidak terkawal.
Lompat bintang sesuai dilakukan untuk warm up. Tengok video penuh di bawah jika anda yang ingin mencuba senaman ini.
2. Lompat Tali
Image via SKWAD Fitness (YouTube)
Lompat tali adalah senaman yang mampu untuk memperbaiki pernafasan serta dapat menjaga kesihatan paru-paru anda.
Bukan itu saja, lompat tali juga boleh membakar kalori yang lebih tinggi berbanding berjoging dan berenang.
Senaman ini seeloknya dilakukan maksimum 5 kali seminggu dalam masa 20 minit. Video penuh di bawah adalah cara untuk lakukan senaman lompat tali dengan betul.
3. Butt Kick
Image via Kevin Zahri (YouTube)
Senaman butt kick adalah sangat sesuai bagi anda yang ingin mencantikkan bentuk punggung dan dapat menguatkan otot.
Caranya mudah saja, iaitu anda hanya perlu menendang bahagian belakang paha dan punggung supaya dapat membantu anda berlari dengan cepat.
4. Jump Squat
Image via SKWAD Fitness (YouTube)
Senaman ini adalah lebih kurang sama dengan squat biasa tetapi ia memerlukan lompatan dalam satu pergerakan saja.
Sekiranya anda mempunyai selulit yang banyak di tubuh badan, senaman ini akan membantu untuk membakar lemak selulit itu dan sekali gus boleh menurunkan berat badan dengan waktu yang singkat.
5. High Knees
Image via Kevin Zahri (YouTube)
Senaman high knees ini dilakukan dengan mengangkat lutut sehingga paras pinggul dalam keadaan seperti berlari.
Ianya dapat meningkatkan stamina badan dan menguatkan otot khususnya di bahagian kaki. Di samping itu, high knees sangat sesuai sebagai senaman kardio yang dilakukan di rumah.
Bagaimana untuk lakukan senaman ini dengan betul? Rujuk video penuh di bawah dan cuba hari ini!
6. Push Up
Image via BodyFit By Bagus (YouTube)
Push up adalah senaman ringkas yang selalu dilakukan oleh ramai orang di rumah. Senaman ini dapat menguatkan lengan serta otot di bahagian dada anda.
Apabila anda melakukan senaman ini, ia secara tidak langsung memberi kesan yang baik kepada jantung dan juga dapat memperbetulkan postur badan anda.Untuk mengetahui cara selanjutnya, anda boleh lihat video di bawah ini.
7. Menari
Image via TeacheRobik TR (YouTube)
Menari adalah senaman yang paling digemari ramai kerana anda boleh mengikut alunan lagu yang rancak tanpa rasa penat dan ia juga bagus untuk kesihatan badan kerana dapat mengeluarkan peluh dengan cepat.
Jika anda tidak mampu untuk melakukan senaman yang lain, menari adalah cara yang paling mudah untuk menjaga badan serta menghilangkan stres apabila penat seharian bekerja.
Anda tidak pandai menari? Ini adalah salah satu video tarian zumba yang mudah untuk anda ikuti.
Jadi, tiada lagi alasan untuk tidak boleh kurus semasa musim PKP. Jom kurus!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment