Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Rise And Shine" - Ini 5 Tempat Breakfast Di Pulau Pinang Yang Menjadi Kegemaran Ramai

Wajib cuba!

Cover image via Penang Foodie Four Square

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sarapan pagi merupakan salah satu permulaan yang baik untuk hari anda

Makanan yang popular buat menu sarapan pagi masyarakat Malaysia mestilah roti canai, roti bakar, nasi lemak dan juga kuih-muih. 

Setelah semalaman berlapar pasti kita craving makanan yang sedap-sedap semasa sarapan pagi bukan? Kalau anda nak tahu, di Pulau Pinang bukan nasi kandar sahaja yang popular tau, menu-menu sarapan di sana pun best juga.

Ini antara lima tempat breakfast popular yang anda boleh kunjungi jika ingin menikmati sarapan pagi di Pulau Pinang. 

Image via giphy.com

5 Tempat Breakfast Best Di Pulau Pinang

1. Roti Canai Gemas Road

Image via Penang Foodie

Roti canai bersama kuah banjir, seketul ayam dan bawang potong merupakan menu yang menjadi tarikan utama di kedai ini.

Di samping itu, mereka juga menyediakan tempat parking berbayar betul-betul di hadapan kedai. Jadi anda tak perlu parking dan berjalan jauh untuk makan roti canai di kedai tersebut. Best kan?

Alamat:
51 29, Jalan Gemas, Taman Kampar,
10460 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi:
Setiap hari (7 pagi sehingga 12:30 tengah hari, 5:30 petang sehingga 9 malam)
Sabtu & Ahad (7 pagi sehingga 12:30 tengah hari)
Isnin tutup.

2. Bee Hwa Cafe

Image via Four Square

Pulau Pinang juga sangat terkenal dengan Kopitiam dan Chinese Hawker food. Namun, bagi yang beragama Islam mereka tidak dapat menikmati makanan ini kerana ia tidak halal.

Jangan risau, kini anda sudah boleh menikmati halal breakfast chinese style di Bee Hwa Cafe. Antara menu-menu sedap yang anda boleh nikmati di kafe ini termasuklah Penang White Curry, Penang Hokkien Mee, Char Kuetiau dan Mee Goreng Wan Tan.

Alamat:
10, Lebuh Dickens, George Town,
10050 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi:
Setiap hari (7 pagi hingga 3:30 petang)
Ahad tutup.

3. Roti Canai Abah

Image via Penang Foodie

Siapa di sini peminat roti canai sarang burung? Anda memang wajib cuba ia di kedai ini. Tarikan utama menu ini merupakan telur mata goyang yang cair di tengah, dimakan pula bersama roti canai yang rangup.

Walaupun ia terletak agak jauh di Balik Pulau, namun rasanya memang sangat worth it untuk di cuba. Terdapat juga menu menarik lain seperti roti telur, roti sardin dan roti bakar.

Alamat:
Pusat Inkubator Kraf, Jalan Sungai Rusa,
Kampung Sungai Rusa, 11000 Balik Pulau, Penang.

Waktu Operasi:
Setiap hari (7 pagi hingga 11:30 pagi)
Jumaat tutup. 

4. Apom Tosai Kampung Rawa

Image via Facebook

Dah jemu asyik breakfast roti canai? Apa kata cuba makan tosai pula. Tosai di kedai ini merupakan antara tosai paling sedap di Pulau Pinang tau.

Selain itu, menu lain yang wajib anda cuba merupakan vadei dan apom. Vadei mereka memang sangat rangup dan sedap manakala apom pula lembut dan mempunyai pelbagai perisa. Admin sarankan anda semua datang awal kalau tak mahu beratur.

Alamat:
114-F, Jalan Sungai Pinang, Kampung Rawa,
10150 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi:
Setiap hari (7 pagi hingga 11 pagi, 3 petang hingga 7 malam)
Ahad (7 pagi hingga 11 pagi)
Isnin tutup.

5. Shahul Hamid Mee Goreng

Image via Aqilah Aziaan/SAYS Seismik

Teringin sesuatu yang unik untuk sarapan pagi anda? Kedai Shahul Hamid Mee Goreng memang pilihan yang tepat. Keistimewaan mee goreng di kedai ini merupakan cara masakannya yang menggunakan api arang. Rasanya juga memang padu.

Selain itu, anda juga boleh cuba makanan lain dari kedai berhampiran seperti nasi lemak, bihun/kuetiau theng dan roti bakar. Ia juga terletak berdekatan dengan Pasar Lorong Kulit, jadi lepas makan bolehlah pergi membeli-belah.

Alamat:
Lorong Kulit, Taman Rampas,
10460 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi:
Setiap hari (7 pagi hingga 4 petang)
Isnin tutup.

Jika ke Pulau Pinang, jangan lupa sarapan di kedai-kedai yang kami senaraikan ini ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment