"Rupanya Otak Dia" - Pelik Kenapa Kereta Asyik Berbunyi, Sebabnya Pula Buat Rakan Bengang
Kan dah kena marah!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sesetengah kereta pasti kadang kala akan berbunyi untuk memberi amaran jika anda tidak memakai tali pinggang keledar bukan?
Namun, tidak semua kereta mempunyai fungsi ini kerana kebiasaannya kita boleh lihat ia berada pada kereta-kereta keluaran baru.
Amaran bunyi itu sangat bagus kerana dia akan mengingatkan kita supaya sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu.
Tetapi, lain pula yang terjadi dengan video yang tular di TikTok ini apabila gelagat seorang gadis yang mahu memandu mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Cuba cari apa punca kereta berbunyi walaupun dah pakai tali pinggang
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang bersama rakannya berada di dalam sebuah kereta untuk menuju ke tempat yang tidak diketahui.
Namun semasa mahu memulakan perjalanan, gadis berkenaan merasa pelik mengapa keretanya asyik berbunyi memberi amaran untuk memakai tali pinggang keledar walaupun dia sudah memakainya.
Rupa-rupanya, dia menyedari bahawa dia tersalah cucuk di lubang tali pinggang itu di tempat duduk rakannya di sebelah. Kejadian itu sempat dirakam oleh rakannya yang kemudian mengusik gadis itu sambil ketawa.
Image via @deedarlinnn (TikTok)
Image via @deedarlinnn (TikTok)
"Macam manalah dia boleh cucuk kat seat belt orang sebelah" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lucu gadis itu. Malah, ada juga berkongsi pengalaman sama mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 235.7K views, 21.5K likes dan 157 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @deedarlinnn (TikTok)
Image via @deedarlinnn (TikTok)
Image via @deedarlinnn (TikTok)
Image via @deedarlinnn (TikTok)
Image via @deedarlinnn (TikTok)
Image via @deedarlinnn (TikTok)
Kalau cucuk dekat orang sebelah memang sampai ke sudahlah dengar bunyi tu :P
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment