seismik

[VIDEO] Bosan Asyik Di Rumah, Lelaki Ini Tunjuk Suasana Halaman Rumah Pula Curi Perhatian

Wow bukan main suasana halaman rumah dia.

Cover image via @esya_kamal (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum mengetahui, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memaksa kita semua untuk kekal berada di rumah

Disebabkan itu ramai yang memilih untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti untuk menghilangkan rasa bosan mereka.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki suasana halaman rumahnya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kongsi keadaan suasana halaman rumah

Menerusi video tersebut, kendengaran suara seorang lelaki itu meluahkan rasa bosannya kerana sudah lama terkurung di dalam rumah disebabkan PKP.

Dia kemudian membuka pintu dan berkongsi suasana halaman rumahnya. Namun, apa yang lebih melucukan adalah halaman rumahnya itu dilihat penuh dengan pelbagai jenis dinosaur.

Suasana itu sudah semestinya telah menggunakan effects bagi menampakkan dinosaur berkenaan muncul.

"Ni sah dah lama tak keluar, tahap boring gaban" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat keadaan di halaman rumahnya itu. Malah, ada juga yang menyukai effects digunakan itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 366.1K views, 21.7K likes dan 819 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bukan main ya dia, siap ada dinosaur tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: