"Salah Reaction" - Isteri Emosi Cerita Pasal Drama Dekat Suami, Sekali Lain Pula Yang Jadi
Sabar kak, sabar!
Baru-baru ini, kecoh satu Malaysia mengenai drama Risik Pada Hati yang menampilkan lakonan hebat oleh Ummi Nazeera, Alif Satar dan Zara Zya
Image via Myinfotaip
Drama 28 episod itu berkisahkan tentang sepasang suami isteri yang sudah lama berkahwin, namun tidak dikurniakan zuriat.
Si isteri meminta suaminya untuk berkahwin lain demi mendapatkan zuriat dari darah daging mereka. Namun, konflik berlaku apabila suaminya mula tidak berlaku adil dan hanya menjaga perasaan isteri kedua.
Terbaru, tular pula sebuah video di TikTok memaparkan seorang wanita menceritakan tentang drama tersebut kepada suaminya dengan penuh emosi telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Isteri emosi cerita pasal drama, sekali lain suami tersalah bagi reaksi sampai nak bergaduh
Menerusi video yang dimuat naik oleh @fayizz93, kelihatan dia merakam secara senyap-senyap ketika isterinya sedang bercerita tentang drama berkenaan.
Pada awalnya, wanita itu hanya menceritakan yang dia geram dengan plot drama tersebut yang hanya menjaga perasaan isteri kedua dan tidak menghargai pengorbanan isteri pertama.
Namun, reaksi si suami pula membuatkan dia menjadi naik angin apabila suaminya berkata "itu barang lama, ni barang baru" seolah-olah menyokong lakonan Alif Satar yang melebihkan isteri kedua dalam drama itu.
Lebih melucukan lagi, wanita itu sempat berkata "kalau you dok buat macam tu sayang, I tikam you hidup-hidup". Akhir sekali, suaminya memesan supaya jangan tengok drama lagi kerana tak pasal-pasal dia pula yang kena marah.
Image via @fayizz93 (TikTok)
Image via @fayizz93 (TikTok)
"Kau salah reaction ni bang. Patut masa dia marah tu kau join sekali. Haha sorry bang, kami tak dapat protect abang malam ni" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah mencecah sehingga 4.5M tontonan, 304.9K tanda suka dan 15.1K komen di tikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka berdua.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @fayizz93 (TikTok)
Image via @fayizz93 (TikTok)
Image via @fayizz93 (TikTok)
Image via @fayizz93 (TikTok)
Image via @fayizz93 (TikTok)
Image via @fayizz93 (TikTok)
Image via @fayizz93 (TikTok)
Image via @fayizz93 (TikTok)
Image via @fayizz93 (TikTok)
Image via @fayizz93 (TikTok)
Alamak sorry lah bang, perempuan sentiasa menang. Abang mengalah jelah ya :P
Image via giphy.com
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment