Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Sanggup Lengahkan Majlis Sebab Nak Tunggu Dia Naik Pentas." UiTM Segamat Memang Terbaik!

Seorang graduan dan penerima Anugerah Naib Canselor, Nur Ietrah Shahila Shaharum terlambat untuk menghadiri majlis istiadat konvokesyen di UiTM Segamat selepas kematian bapa saudaranya.

Cover image via Ujud Noor / Facebook

Baru-baru ini telah viral di laman Facebook di mana seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) terlambat untuk hadir ke majlis istiadat konvokesyen kerana baru selesai menguruskan pengebumian bapa saudara

Image via Ujud Noor / Facebook

Menurut sumber iaitu Pegawai Istiadat Konvokesyen, Kapten (B) Ujud Tabil pada hari itu telah menulis di laman Facebook miliknya dan menceritakan detik-detik ketika itu. Pihak mereka turut ingin membantu graduan tersebut yang dikenali sebagai Nur Ietrah Shahila yang dikatakan terlambat untuk menghadiri majlis istiadat konvokesyen itu kerana masih dalam perjalanan dari Selangor ke UiTM Segamat selepas kematian bapa saudaranya.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Image via Ujud Noor / Facebook

Pada hari Konvokesyen UiTM Segamat yang berakhir pada 23 Oktober 2019, Nur Ietrah Shahila sepatutnya menerima anugerah itu sebaik sesi terakhir bermula, namun dilengahkan oleh pihak UiTM kerana dia lewat tiba di dewan itu

Nur Ietrah Shahila, kiri.

Image via Harian Metro

Selain itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ujud, Nur Ietrah Shahila juga sudah ketiadaan ibunya dan dijaga oleh bapa saudaranya yang kini telah pergi menghadap Ilahi.

"Dia juga merupakan seorang graduan terbaik sepanjang menuntut di universiti itu. Malah, setiap semester dia akan menerima Anugerah Dekan kerana berjaya mencatat PMK terbaik," kata Ujud.

"Walaupun kami tidak mengenalinya lebih dekat, tapi kami perlu memastikan dia naik pentas meskipun kehilangan insan tersayang.”
Pegawai Istiadat Konvokesyen, Kapten (B) Ujud Tabil.

Nur Ietrah turut mengeluarkan kenyataan serta meluahkan perasaan bersyukur kepada setiap pihak yang terlibat dalam memastikan dia dapat naik ke pentas pada hari konvokesyennya itu

Image via Ietrah Shahila / Facebook

Image via Harian Metro

Tahniah buat Nur Ietrah Shahila buat konvokesyen dan Anugerah Naib Canselor yang diterima!

Ramai juga pengguna Facebook yang turut memberikan kata-kata semangat dan mengucapkan tahniah buat pencapaian yang diterima oleh Nur Ietrah:

Image via Facebook

Image via Facebook

Tidak lupa juga buat warga UiTM yang bertolak ansur dalam merealisasikan impian pelajar ini untuk naik ke atas pentas walaupun sudah kehilangan seorang insan yang disayangi.

Image via Facebook

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

UiTM memang terbaik!

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment