"Sanggup Tunggu" - Gelagat Geng Lelaki Perhati Kawan Makan Lambat Di Restoran Curi Tumpuan
Rileks je member makan sorang-sorang.
Apabila kita makan bersama keluarga atau rakan-rakan, pasti akan ada salah seorang yang menjadi orang terakhir untuk habiskan makanan bukan?
Bukan apa, ada sesetengah orang memang makan lambat kerana mungkin sudah terbiasa sejak kecill. Jadinya, mereka yang habis makanan awal terpaksalah menunggu.
Seperti sebuah video yang viral ini memaparkan seorang lelaki sedang makan seorang diri sambil diperhatikan oleh kawan-kawannya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Feeling makan steamboat, kawan-kawan perhati depan meja
Menerusi video yang dimuat naik oleh @amin_asraf, kelihatan lelaki itu sedang makan steamboat di sebuah restoran.
Apa yang mengundang tawa ramai adalah apabila kawan-kawannya dilihat melepak di kerusi depan meja makan tersebut sambil memerhatinya makan seorang diri.
Rupa-rupanya, lelaki tersebut merupakan orang terakhir yang makan antara mereka semua. Situasi itu kelihatan agak awkward dan lucu pada masa yang sama kerana ramai yang boleh relate.
Image via @amin_asraf (TikTok)
"Dalam video ni nampak macam lucu tapi penuh pengertian. Makanlah Bob. Yang tengok video ni pun tengah tunggu dan lihat awak makan" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 1.9M tontonan, 207.3K tanda suka serta 4.9K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat kawan-kawan lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @amin_asraf (TikTok)
Image via @amin_asraf (TikTok)
Image via @amin_asraf (TikTok)
Image via @amin_asraf (TikTok)
Image via @amin_asraf (TikTok)
Image via @amin_asraf (TikTok)
Siapa boleh relate dengan abang ni? Kesian member makan sorang-sorang :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment