Satu Kelas Prank Buat-Buat Pengsan Lepas Mengadu ‘Panas’, Reaksi Cikgu Pula Raih Perhatian
Nasib baik cikgu tu tak sakit jantung oi.
Zaman sekarang, ramai yang melakukan prank untuk mengenakan kawan-kawan dan keluarga
Kebiasaannya, tujuan melakukan prank adalah untuk meraikan hari jadi, anniversary dan bachelorette party.
Namun, berbeza pula dengan prank yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar perempuan ini kepada cikgu mereka telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Satu kelas buat-buat pengsan lepas mengadu panas
Menerusi video yang dimuat naik oleh @dinottt00, kelihatan sekumpulan pelajar sekolah vokasional itu sedang berdiri beramai-ramai di depan cikgu mereka.
Namun, sebaik saja salah seorang daripada mereka bertanya kepada rakan kelas yang lain sama ada berasa panas atau tidak, tiba-tiba mereka dengan serentak rebah di tempat masing-masing.
Apa yang menghiburkan adalah apabila reaksi cikgu mereka yang spontan melompat dari tempat duduk dan menjerit akibat terkejut melihat satu kelas pengsan. Beberapa saat kemudian, mereka semua tergelak kerana prank tersebut menjadi.
Image via @dinottt00 (TikTok)
Image via @dinottt00 (TikTok)
"Untung korang cikgu boleh gurau. Zaman kami dulu cikgu pagi-pagi pun dah macam malaikat maut dia punya seram. Haha" - Netizen
Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih sehingga 3M views, 298.4K likes dan 3.5K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi cikgu mereka.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @dinottt00 (TikTok)
Image via @dinottt00 (TikTok)
Image via @dinottt00 (TikTok)
Image via @dinottt00 (TikTok)
Image via @dinottt00 (TikTok)
Image via @dinottt00 (TikTok)
Image via @dinottt00 (TikTok)
Image via @dinottt00 (TikTok)
Agak-agak apalah reaksi cikgu diaorang bila dapat tahu dia kena prank kan? :P
Image via giphy.com
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment