Satu-Satunya Anak Tunggal Keluarga, Individu Salahkan Ibu Bapa Punca Tak Boleh Berdikari
Mak ayah dia mesti nak yang terbaik untuk anaknya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Anak-anak adalah anugerah paling bermakna buat setiap ibu bapa
Bukan semua orang dikurniakan zuriat walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga. Sudah tentu, ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka.
Sehingga ada yang sanggup memanjakan anak mereka. Namun, manja biarlah berpada dan berikan sedikit ruang untuk anak-anak apabila mereka sudah meningkat dewasa.
Seperti ciapan di laman X, apabila seorang individu meluahkan rasa kecewa terhadap ibu bapanya.
Salahkan ibu bapa sebab tak diajar untuk dunia realiti
Menerusi ciapan di laman X, seorang individu memberitahu bahawa dia adalah anak tunggal di dalam keluarganya.
Difahamkan, dia baru sahaja menyambung pengajian di sebuah universiti dan berkongsi tidak biasa dengan dunia luar membuatkan dia perlu belajar menenangkan diri.
Menurutnya, dia menyalahkan ibu bapanya di atas perkara tersebut kerana tidak memberikan pendedahan kepada dunia luar atau dunia realiti.
Image via X
Perkara berkenaan mendapat tumpuan ramai yang kemudiannya memberikan pelbagai reaksi mengenainya
Tak apa dik, kenalah pelan-pelan adapt. You will go through it!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment