Selalu Tak Dapat Resit Lengkap Dari Kedai Makan? Pemilik Boleh Kena Denda Sehingga RM50K
Korang berhak minta resit lengkap.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebagai pelanggan, pastinya kita mahukan restoran atau persekitaran kedai makan yang bersih untuk keselesaan
Tidak hanya itu, harga di kedai makan juga penting bagi pelanggan agar mereka dapat menentukan bajet ketika menjamu selera.
Oleh itu, sebagai pengusaha atau pemilik kedai anda perlulah memaparkan menu lengkap beserta harga agar mudah bagi pelanggan.
Namun, ada juga sesetengah yang mengambil tidak endah mengenai perkara tersebut termasuklah pemberian resit lengkap.
Pemilik boleh kena denda jika tidak beri resit lengkap pada pelanggan
Menerusi video daripada akaun TikTok @kpdnselangor, mereka berkongsi tentang kepentingan pemberian resit lengkap kepada kedai makan.
Hal ini kerana banyak perkara yang terjadi sehingga menimbulkan pergaduhan mengenai harga makanan.
Menurut mereka, pemilik kedai sepatutnya perlu mengeluarkan resit yang lengkap seperti nama dan alamat premis, tarikh pembelian, amaun yang telah dibayar dan maklumat barangan yang dibeli.
Pengguna berhak untuk mendapatkan resit jualan yang lengkap sebagai bukti urus niaga jual beli dilakukan.
Jika pemilik gagal mengeluarkan resit yang lengkap boleh didenda sehingga RM50,000 dibawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Harap peniaga kedai yang masih tiada resit lengkap boleh keluarkan dan beri pada pelanggan selepas ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!