Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Saya Tiada Jawapan" - Aliff Aziz Tak Beri Sokongan Penuh Kepada Bella Dalam Famili Duo?

Dikhabarkan Aliff Aziz tidak memuat naik posting sokongan terhadap isterinya di mana-mana media sosial.

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, baru-baru ini sebuah rancangan realiti di TV3 iaitu Famili Duo telah bermula

Penyanyi iaitu Bella Astillah, 28, dan Wani Kayrie, 22, merupakan salah satu kumpulan yang bertanding dalam program Famili Duo.

Namun baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, 31, dikhabarkan tidak memberikan sokongan sepenuhnya terhadap isterinya yang kini sedang bersaing dalam program Famili Duo.

Berdasarkan pemerhatian di laman sosial, Aliff didakwa tidak pernah membuat hantaran mengenai penyertaan Bella dalam Famili Duo. Malah, kemenangan Bella dan sepupunya, Wani Kayrie di minggu pertama Famili Duo juga dikhabarkan tidak ‘diraikan’ oleh Aliff.

Image via @bellaastillah (Instagram)

Situasi berbeza apabila ketika penyertaan Aliff di sebuah program realiti tahun lalu, ia disokong sepenuhnya oleh Bella

Bertemu dengan pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah ini, dia enggan memberikan sebarang komen lanjut.

“Saya tak ada jawapan untuk persoalan terbabit. Bukan saya tak nak bagi jawapan terhadap soalan yang diajukan, tapi saya rasa persoalan itu seharusnya diberikan kepada Aliff,” kata Bella.

Tambah penyanyi lagu Tenang ini, dia hanya memberikan sepenuh tumpuan terhadap pertandingan Famili Duo.

“Sejujurnya, saya memang sedang sibuk dan tak fikir apa pun. Semenjak Famili Duo bermula, jadual harian saya berubah. 

“Saya mahu memberikan fokus sepenuhnya terhadap pertandingan ini bersama Wani dan mahu menonjolkan prestasi terbaik,” ujarnya kepada XTRA.

Mengulas mengenai strategi yang bakal dipersembahkan dalam program ini, Bella mahu mengasah bakat serta memberikan terbaik demi peminat yang sentiasa menyokong.

“Selepas menjuarai pusingan pertama, saya rasa bersyukur dan lega. Tapi saya tak boleh berpuas hati dengan kejayaan itu.

“Saya perlu berusaha bersungguh-sungguh saban minggu kerana saya mahu menonjolkan bakat yang saya ada.

“Saya mahu memberikan persembahan terbaik di setiap pusingan kerana itu menjadi satu tanda penghargaan terhadap peminat yang selama ini tak pernah lelah memberi dorongan,” ujarnya lagi.

Famili Duo bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir dalam Famili Duo.

Jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #familiduoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

Image via TV3 (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment