seismik

Hael Husaini Minta Maaf Jika Tidak 'Perform' Pada Pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 37

Masalah kesihatan menjejaskan persembahan Hael Husaini esok.

Cover image via @haelhusaini (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.



Mempunyai keunikan pitching suara tersendiri, bekas juara AJL ini konsisten untuk beraksi di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 37

Hal Husaini Razmi atau lebih dikenali sebagai Hael Husaini merupakan penyanyi yang pernah dinobatkan sebagai juara pada Anugerah Juara Lagu 32 dan 33 itu bakal beraksi pada musim ini.

Tambahan pula, penyanyi yang sedang meningkat naik itu akan membawa lagu Sama Seperti Dulu pada pentas Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) ke-37, esok.

Hael yang mengungguli AJL32 dan AJL33 memohon doa peminat agar lagu Sama Seperti Dulu dapat dipersembahkan dengan baik

Hael yang pada mulanya tidak mahu beraksi atas faktor masalah kotak suara dan gangguan pernafasan berpanjangan selepas dijangkiti Covid-19, awal bulan ini, terpaksa mengharungi detik itu biarpun mungkin sukar.

"Ketika lagu saya diumumkan bersaing pada SFMM37, saya berbelah bahagi akibat masalah kotak suara dan gangguan pernafasan.

"Jika persembahan biasa, saya tidak kisah. Ini pertandingan besar. Saya meminta pendapat pihak produksi, penasihat vokal dan syarikat rakaman sebelum membuat keputusan.

"Saya tidak pernah tarik diri kerana mahu lagu ini bertanding biarpun didendangkan penyanyi gantian.

"Namun, saya gagal mendapatkan pengganti kerana kesuntukan masa. Selepas berfikir panjang, saya setuju beraksi semampu yang boleh asalkan lagu saya lepas ke SFMM37," katanya kepada BH Online.

"Kemampuan nyanyian saya agak menurun ketika ini. Namun, saya berjanji cuba memberi yang terbaik.

"Saya ingin minta maaf awal-awal jika banyak kekurangan kelak," katanya.

Hael juga terbuka menerima komen peminat selepas melihat dirinya beraksi di pentas SFMM37.

"Saya tidak dapat mengawal komen dan pendapat penonton atas persembahan saya. Apa-apa pun, saya terima sahaja dan hormat pendapat semua orang.

"Saya hanya ingin memenuhi tanggungjawab sebagai penyanyi dan komposer lagu itu bersama Iqie. Doakan saya ya," ujarnya.

Mampukah Hael Husaini mara ke pentas Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) kali ini?

Jangan terlepas untuk saksikan 30 buah lagu yang akan bersiaran langsung di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 (SFMM37) pada 25 dan 26 November ini, Jumaat dan Sabtu, jam 3 petang di TV3.

Image via TV3Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: