Ruang Ibadah Yang Selesa & Luas, Ini 10 Masjid Terbesar Di Malaysia
Pemandangan dan reka bentuk juga sangat cantik!
Sebagai muslim, anda pasti akan mencari ruang ibadah yang luas dan cantik apabila melawat tempat menarik dalam Malaysia bukan?
Kadang-kala, apabila berjalan jauh bersama keluarga. Pasti kita akan menghadapi masalah dalam mencari tempat solat yang luas dan selesa untuk berehat. Sebenarnya, kita di Malaysia mempunyai pelbagai masjid yang besar serta reka bentuk yang unik di serata tempat!
1. Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz
Masjid yang terletak di Shah Alam ini merupakan masjid yang terbesar di Malaysia. Nama masjid ini diberikan bersempena nama Sultan yang memerintah negeri tersebut pada tanggal 1960-2001. Jangka masa yang diambil untuk membina masjid ini memakan masa selama 12 tahun seperti apa yang dirancang atas arahan Sultan Sallehuddin melalui JKR pada tahun 1975.
Lebih menarik lagi, Sultan juga turut menghadiahkan jam antik berusia 600 tahun yang bernilai RM200,000 dari Hong Kong dan turut menyumbangkan elaun Baginda selama 4 tahun kepada masjid berkenaan.
Lokasi: Persiaran Masjid St., Sekysen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Tahun Siap: 1998
Kapasiti: 24,000
Kos binaan: RM160 juta
2. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)
Nama masjid ini bersempena dengan nama DYMM Agong yang ke-13 iaitu Tengku Mizan Zainal Abidin yang terletak berhadapan dengan Mahkamah Kehakiman dan merupakan masjid kedua dibina di Putrajaya selepas Masjid Putra.
Keistimewaan masjid ini ialah tiada sistem pemasangan kipas kekal dan penyaman udara di dalamnya bahkan masjid ini menggunakan gas penyejuk iaitu Gas District Cooling (GDS) di dalamnya. Masjid ini juga turut menggunakan kaca hablur di ruangan dinding supaya kelihatan berwarna putih dari jarak jauh.
Lokasi: 25, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tahun siap: 2010
Kapasiti: 20,000
Kos binaan: RM200 juta
3. Masjid Wilayah
Masjid ini merupakan masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tempoh masjid ini dibina pada tahun 1997-2001 dan turut menggunakan seni bina Turki Uthmaniah serta seni bina Melayu tradisional. Reka bentuk masjid ini juga hampir menyerupai seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turkiye.
Lokasi: Jln Tuanku Abdul Halim, Kompleks Kerajaan, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tahun siap: 2001
Kapasiti: 17,000
Kos binaan: RM255 juta
4. Masjid Putra
Masjid Putra merupakan mercu tanda dan lambang kebanggaan di Putrajaya. Masjid yang dibina berdekatan dengan Bangunan Putra Perdana ini mula dibina pada tahun 1997. Kubah masjid tersebut yang berwarna pink ini dibina menggunakan granit rose tinted . Masjid ini juga mengandungi 3 kawasan utama iaitu dewan solat, ruang halaman dan kemudahan bilik pelbagai guna.
Lokasi: Persiaran Persekutuan, Presint 1, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tarik siap: 1999
Kapasiti: 15,000
Kos binaan: RM250 juta
5. Masjid Negara
Masjid Negara mempunyai kedudukan binaan yang strategik kerana posisinya berada di Pusat Bandaraya. Dibina pada tahun 1963 dan merupakan masjid yang paling moden di Asia Tenggara sebelum terbinanya Masjid Shah Alam. Reka bentuknya yang unik seperti sekaki payung yang kuncup dan bumbung konkrit yang berbentuk bintang berbucu 18.
Lokasi: Persiaran Persekutuan, Presint 1, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tahun siap: 1965
Kapasiti: 15,000
Kos binaan: RM100 juta
6. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Masjid ini merupakan masjid kedua utama di Kota Kinabalu selepas Masjid Negeri. Ia terletak di persisiran pantai Likas dan hampir 70 peratus kawasan masjid ini dikelilingi air. Tapak asal masjid ini merupakan kawasan persisiran air laut Kampung Likas.
Lokasi: Jalan Pasir, Jalan Teluk Likas, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Tahun siap: 2000
Kapasiti: 12,000
Kos binaan: RM34 juta
7. Masjid Raja Haji Fisabilillah
Masjid ini merupakan masjid utama di Cyberjaya dan lebih dikenali sebagai Masjid Hijau. Dinamakan masjid itu bersempena dengan bekas Putera Mahkota Johor-Riau, Raja Haji Fisabilillah Ibni Daeng Chelak.
Lebih menarik perhatian, masjid ini merupakan masjid pertama di Malaysia yang dianugerahkan hadiah platinum kerana menerapkan konsep rumah hijau seperti penjimatan kuasa lampu LED, ruang udara yang asli dan bumbung berpanel solar. Kemudahan seperti elevator untuk kemudahan warga emas dan kurang upaya juga turut disediakan.
Lokasi: Persiaran Semarak Api, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
Tahun siap: 2012
Kapasiti: 7,000
Kos binaan: RM44.4 juta
8. Masjid Sri Sendayan
Masjid ini merupakan masjid yang tercantik di Malaysia. Ia dibina pada tahun 2015 setelah diwakafkan oleh tokoh perbankan terkemuka iaitu Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain. Bahagian dalam kubah utama dihiasi dengan gabungan elemen dari Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.
Lokasi: Masjid Sri Sendayan, Persiaran Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan, 71950 Siliau, Negeri Sembilan
Tahun siap: 2019
Kapasiti: 5,000
Kos binaan: RM100 juta
9. Masjid Kristal
Masjid Kristal terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu. Ia juga dibina daripada bahan kaca dan keluli. Masjid ini juga turut menyediakan kemudahan WI-FI percuma bagi membolehkan para pengunjung mengakses internet.
Lokasi: Pulau Wan Man, Losong Panglima P'erang, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Tahun siap: 2008
Kapasiti: 700
Kos binaan: RM300 juta
10. Masjid As Syakirin KLCC
Masjid ini dikenali sebagai Masjid KLCC kerana ia bersebelahan dengan bangunan Berkembar Menara KLCC. Pada 2009, masjid ini melakukan pengubahsuaian untuk memperbesarkan masjid yang sebelum ini dapat menampung 6,000 jemaah kepada 12,000 jemaah.
Masjid itu turut dianggap sebagai mutiara di dalam taman kerana lokasinya sangat strategik berhadapan Taman KLCC.
Lokasi: Lot 41, Seksyen, 58, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
Tahun siap: 1998
Kapasiti: 12,000
Kos binaan: RM50 juta
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!