seismik

Media Prima Audio & ZAG Berkolaborasi Hasilkan Audio Siri Seram 'Bisikan Kerajaan Langit'

Ini merupakan siri podcast seram yang pertama dari Media Prima Audio & ZAG

Cover image via Audio+

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kolaborasi Media Prima & ZAG ini menampilkan 8 episod dan telah ke udara pada 17 November 2022

Media Prima Audio dan ZAG berkolaborasi dalam menghasilkan podcast siri seram pertama yang mempunyai 8 episod dan telah ke udara pada 17 November 2022 yang lalu. 

Bisikan Kerajaan Langit menampilkan Aween Nureen serta Imran Aqil iaitu penyampai radio Hot FM yang mengendalikan segmen Hotflix selaku teraju utama. Bisikan Kerajaan Langit adalah hasil fiksyen yang sedikit sebanyak diolah daripada peristiwa bersejarah.

Podcast ini mengisahkan tentang seorang wartawan yang menyiasat perkara misteri dan ghaib yang berlaku di sebuah perkampungan Pantai Timur, Malaysia. Siri pertama ini akan berterusan selama satu jam beserta dengan elemen audio 3D yang mengasyikkan di aplikasi Audio+.

Audio+ telah mencecah seramai 8 ribu pendengar setiap bulan

“Kita sentiasa berbangga dengan bakat bakat artis dan konten lokal sendiri. Dengan Audio+ iaitu podcast Malaysia pertama, kita dapat mengembangkan lagi bakat bakat content creator lokal. Audio+ juga telah mencecah 8 ribu pendengar setiap bulan. Kami memang menanti-nantikan kolaborasi bersama ZAG studios di masa depan”, kata Shah Hayatudin, selaku Ketua Rangkaian Kandungan Buletin FM, Digital & Audio+.

Malah, Pengurus Besar ZAG, Matthew Durai berkata “Kami amat berbesar hati untuk berkolaborasi bersama Media Prima untuk mengembalikan kisah-kisah rekaan suatu ketika dahulu dan juga bakal memaparkan pelbagai watak menarik untuk menarik lebih ramai pendengar seluruh Malaysia dengan segmen audio bercerita”.

Follow dan subscribe Audio+ untuk dengarkan kelapan-lapan episod ini

Image via Audioplus

Bisikan Kerajaan Langit boleh didengarkan dengan elemen audio 3D yang berkualiti tinggi secara eksklusif melalui aplikasi Audio+ yang boleh dimuat turun melalui Apps Store serta Play Store atau pun melalui penstriman web audioplus.audio

Jangan lupa untuk follow dan subscribe podcast ini untuk terus mendengarkan episod-episod yang akan datang. Nantikan episod baru pada setiap hari Khamis.

Media Prima Audio menyasarkan untuk menjadi Penyiar Audio No. 1 di Malaysia

Menerusi ketiga-tiga vernakular (Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina), Media Prima Audio ingin menjadi Penyiar Audio No.1 di Malaydia dengan menghasilkan kandungan yang terbaik dan sesuai dengan pendengaran rakyat Malaysia.

Syarikat juga mendapat panduan daripada penyelidikan dan analisis berkala terhadap pasaran dan kumpulan sasaran kami, yang membolehkan kami untuk memahami kehendak pendengar dan pengiklan serta mengetahui bagaimana untuk melibatkan diri dalam memberikan informasi serta hiburan.

Oleh itu, Media Prima Audio mewakili kelima-lima jenama radio dibawahnya - Hot FM, Buletin FM, Molek FM, Fly FM dan 8FM. Audio+ juga merupakan sebahagian daripada syarikat mewakili inisiatif pendengaran digital, di mana aplikasi sehenti ini menyokong kelima-lima stesen radio serta audio siar (podcast) dan kandungan menarik yang lain.

ZAG Studios telah dicalonkan dalam anugerah independent podcast company yang menceritakan kisah-kisah “fictional” yang berkonsepkan siri audio di Asia Tenggara.

ZAG adalah sebuah team yang mempunyai kelebihan dari segi pengeluran idea-idea kreatif untuk disampaikan kepada pendengar. ZAG juga adalah sebagian daripada Google Podcast Creator Programme 2022.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: