Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Sebelum Ini Perlis, Kini Pokok Kelapa Di Terengganu Pula Dimuat Naik Dalam IG Rasmi Apple!

Gambar tersebut ditangkap menggunakan iPhone XR sekitar pukul 6.30 pagi di Kampung Rusila, Marang, Terengganu.

Cover image via Instagram @apple

Jika sebelum ini gambar sebuah kampung di Perlis mampu menarik perhatian Apple, kini giliran pokok kelapa di Terengganu pula berjaya mendapat perhatian sama dari syarikat teknologi gergasi dunia itu

Gambar yang ditangkap oleh seorang pegawai polis, Azmeer Iskandar yang bertugas di Terengganu itu telah dimuat naik di Instagram miliknya @aazmeeriskndr, kemudiannya dipaparkan semula di akaun Instagram @apple yang memiliki lebih dari 21 juta pengikut.

Berada di tempat yang tepat, pada masa yang tepat, menjadi caption kepada gambar tersebut di Instagram Apple. Ternyata, ungkapan itu juga bertepatan dengan tuah yang diterima oleh pegawai polis tersebut.

Gambar tersebut telah ditangkap di Kampung Rusila, Marang, Terengganu, sekitar Ogos tahun lalu ketika Iskandar sedang berjalan-jalan di tepi pantai Rusila bersama rakannya

Nor Azmeer Iskandar Amir Hamzah

Image via Instagram @aazmeeriskndr

Menurut pegawai polis yang berusia 28 tahun itu, dia ternyata sangat gembira apabila gambar yang diambilnya menggunakan telefon iPhone XR terpilih untuk dipaparkan di akaun instagram Apple. 

Katanya kepada MStar, "Sudah semestinya saya terharu dan gembira. Rasa bertuah pun ada sebab gambar saya terpilih untuk disiarkan di akaun Instagram Apple. Belum pernah lagi dapat pengiktirafan dari syarikat besar macam ini."

Tidak berasal daripada Terengganu, Iskandar berkata dia menjadikan photography sebagai hobinya demi mengisi masa lapang tatkala mula bertugas di negeri itu sejak tahun 2013 lagi.

"Saya jadikan mobile photography sebagai satu hobi. Semua gambar saya rakam guna telefon sahaja. Untuk gambar itu (lelaki panjat pokok kelapa), ia dirakam sekitar pukul 6.30 pagi di kawasan kampung," ujarnya.

Pada bulan lalu, gambar yang diambil oleh Dinie Aiman memaparkan suasana sawah padi di sebuah kampung bernama Kampung Sahabat yang terletak di Perlis telah dikongsikan Apple

Secara tidak langsung, kedua-dua gambar ini telah berjaya mengharumkan nama negara di samping mempromosikan keindahan yang terdapat di Malaysia.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cute-nya pakcik ini tangkap gambar!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment