seismik

Akaun Rasmi Apple Muat Naik Gambar Kampung Di Perlis, Satu Dunia Puji Melambung

Memang cantik gambar ni.

Cover image via

Siapa sangka, gambar yang ditangkap oleh anak muda tempatan mampu menarik perhatian syarikat teknologi gergasi dunia iaitu Apple

Image via cnbcfm.com

Anak muda tersebut, Dinie Aiman menerusi Instagram memuat naik sekeping gambar sebuah kampung yang diberi nama Kampung Sahabat, bertempat di Perlis.

Gambar itu mamaparkan suasana kampung permai yang penuh kehijauan, berlatarbelakangkan gunung-ganang serta diterangi langit biru dan awan putih. Terselit juga dalam gambar tersebut seorang pemuda yang sedang berdiri di tengah-tengah kehijauan berdekatan dengan sebuah tasik.

Memang sejuk sangat mata memandang. Ini gambarnya:

Cantik, kan?

Di ruangan caption, Dinie Aiman menulis:

"Di suatu ketika pagi itu, fajar hanya baru sejengkal membuka tirai. Hembusan lembut bayu pagi di desa. Mengukir senyuman ketenangan. Kicauan burung beterbangan keseronokan, memecah kesunyian pagi. Jauh berbeza berbanding di kota raya."

Dinie Aiman turut menyelitkan hashtag #shotoniphone bagi memaklumkan bahawa gambar tersebut telah diambil menggunakan peranti iPhone

Menariknya, peranti yang digunakan Dinie Aiman bukanlah peranti iPhone yang terbaru. Dia hanya menggunakan iPhone 7 Plus miliknya yang dilancarkan pada 2016 lalu.

Setelah enam bulan dimuat naik, Apple baru-baru ini telah mengiktiraf gambar tersebut, malah meletakkannya di akaun Instagram rasmi mereka sejak tiga hari lalu

Bayangkan, gambar yang anda tangkap dipaparkan pada akaun rasmi Apple dengan 21 juta followers. Tak ke power tu!

Lagi best, Apple turut tidak terlepas meletakkan lokasi 'Kampung Sahabat' di bahagian location, serta tagged @dinnyaiman di bahagian caption.

Ehem, hashtag #malaysia pun ada okay. Bangganya!

Rata-rata warganet dari seluruh dunia memberi pujian melambung tinggi terhadap hasil gambar anak jati Perlis itu

Bagi rakyat Malaysia pula, masing-masing berasa amat berbangga dengan pencapaian Dinie Aiman itu, sekali gus membanjiri komen dengan pujian dan ucapan tahniah kepada beliau

Terbaiklah! Makin lama makin power orang kita!

Image via tenor.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ini pun power!

Leave a comment