seismik

“Dia OK Tak?” - Viral ‘Shot’ Cantik Kelapa Jatuh, Semua Tertanya Keadaan Jurugambar Ini!?

Hati-hati, ada kelapa jatuh tu!

Cover image via Twitter @XavierNaxa

Bila bercakap tentang smartphone, antara spesifikasi yang sangat dititikberatkan sudah semestinya berkenaan kamera

Saban tahun, syarikat teknologi pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menaik taraf salah satu fungsi paling penting dalam telefon pintar mereka iaitu kualiti kamera.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Trusted Reviews

Selain daripada menjadi alat komunikasi, telefon pintar masa kini turut digunakan sebagai alat fotografi kepada penggunanya.

Bahkan, perkembangan teknologi telefon pintar juga menyebabkan kamera DSLR bukan lagi peralatan utama untuk mengambil gambar-gambar cantik. 

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Techno Buffalo

Ramai orang masa kini lebih gemar mengambil gambar menggunakan telefon pintar kerana gambar-gambar itu boleh terus dikongsikan dalam laman-laman sosial.

Baru-baru ini viral di laman Twitter gambar hasil tangkapan seorang lelaki bernama Amir Ridzwan yang ternyata berjaya menarik perhatian warganet

Gambar yang ditangkap oleh Amir Ridzwan dan telah dikongsikan pengguna Twitter @XavierNaxa itu memaparkan satu shot pokok kelapa yang diambil menggunakan telefon pintar Huawei P30 Pro.

Menariknya, di dalam gambar itu juga dapat dilihat dengan jelas sebiji buah kelapa telah jatuh betul-betul menghampiri lensa kamera telefon pintar Amir Ridzwan.

Meskipun hasil tangkapan tersebut dipuji kerana ianya sangat cantik serta 'sharp' namun rata-rata warganet lebih risau tentang keadaan Amir Ridzwan sejurus selepas dia berjaya mengambil gambar itu.

Warganet mula meluahkan kebimbangan serta kerisauan mereka menerusi ruangan 'reply' pada tweet tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan warganet:

Walau bagaimanapun, gambar berkenaan sememangnya cantik sampai ada yang meminta kebenaran untuk dijadikan wallpaper telefon pintarnya!

Apa-apa pun, tidak kira di mana sahaja dia berada, semoga Amir Ridzwan dan handphone-nya dalam keadaan baik-baik sahaja!

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment