seismik

Netizen 'Naik Gila' Dengan Kualiti Gambar Cawan Tealive Ni. Tak Sangka Pakai Phone Je!

Detail gila!

Cover image via Twitter @Ashril_92

Kamera telefon pintar makin lama makin bagus

Setiap tahun, syarikat teknologi berusaha bersungguh-sungguh untuk menaik taraf salah satu fungsi paling penting dalam telefon pintar mereka iaitu kamera.

Kalau dulu pengguna hanya terhad dengan satu lensa, kini pengguna boleh nikmati telefon pintar yang semakin canggih dengan pilihan dua, tiga, atau empat lensa. Eh, lima lensa pun ada tau!

Nokia 9 yang diperkenal pada awal 2019 memuatkan 5 lensa kamera

Image via mashable.com

Tapi adakah telefon pintar dengan banyak lensa mampu mengambil gambar dengan kualiti yang lebih baik berbanding satu lensa?

Tak semestinya. Jom kita lihat buktinya di bawah.

Seorang pengguna Twitter, @Ashril_92 baru-baru ini memuat naik gambar cawan Tealive yang baru dibelinya. Ashril yang juga pengasas @malayfoodlicious memang terkenal dengan posting gambar-gambar makanan dan minumam di laman Twitter dan Instagram miliknya itu.

Ini gambarnya:

Namun lucunya, segelintir netizen lebih tertarik dengan kualiti gambar yang dihasilkan oleh Ashril tersebut berbanding minuman yang dipaparkan

Netizen yang kagum mula melihat secara dekat dan secara lebih terperinci terhadap kualiti gambar berkenaan, siap ada yang zoom pada cap jari dan kesan garisan tangan.

Memang nampak segalanya!

Ada juga yang 'naik gila' melihat kesan "peluh" pada cawan tersebut sehingga membuatkan mereka rasa dahaga

Amacam? Boleh lawan kualiti animasi Toy Story tak?

Power betul kamera ni!

Selepas gambar ini tular, netizen masing-masing bersemangat nak tahu kamera apa yang Ashril pakai sehingga mampu mendapatkan hasil yang begitu hebat dan detailed

Rupa-rupanya, gambar itu diambil menggunakan telefon pintar yang mempunyai hanya satu lensa kamera sahaja. Wow!

It's Pixel 3 XL people!

Tak dinafikan, kamera satu lensa binaan Google ini adalah antara yang terbaik pernah dimuatkan dalam telefon pintar. Jika dibandingkan dengan kamera telefon pintar jenama lain, kamera pada Google Pixel 3 XL ini sememangnya sukar ditandingi dari segi kualiti.

Ini dia Google Pixel 3 XL

Image via pocket-lint.com

Gambar cawan itu turut mendapat perhatian dari pengasas Tudung Ruffle, Nononesss dengan pengikut seramai 531 ribu di Instagram

"Tak sangka camera phone boleh cantik macam ni," tulis Nononesss atau nama sebenarnya Hanis Arif di Insta Story.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalau tak mampu beli Pixel 3 XL, boleh beli Pixel 2 XL sebab dah murah!

Korang kena baca cerita ni. Serius kelakar!

Leave a comment