Google Pixel 2 XL Dan 11 Lagi 'High-End Phones' Bawah RM1,999 Yang Masih Relevan Pada 2019
Spesifikasi hampir sama dengan yang baru, tapi harga jauh lebih rendah!
1. Mi Mix 2S (Mac 2018) @ RM1,399
Mi Mix 2S, sebuah peranti dengan skrin hampir penuh ini mempunyai design yang amat menawan dan futuristik. Walaupun dilancarkan pada tahun lepas, telefon pintar berkuasa tinggi dengan 97 skor kamera pada carta DxOMark ini boleh didapatkan pada harga RM700 lebih murah berbanding ketika ia dilancarkan pada Jun 2018. What a steal!
Spesifikasi:
1. Cip pemprosesan Snapdragon 845 Octa-core
2. Skrin LCD 5.99 inci
3. 6GB RAM
4. Storan dalaman 64GB / 128GB
5. Dwi SIM
6. Dwi kamera belakang:
- 12 MP f/1.8, dengan 4-axis OIS
- 12 MP f/2.4 dengan 2x optical zoom
- Rakaman video pada 2160p@30fps / 1080p@30fps/120fps / 720p@240fps
7. Kamera hadapan
- 5 MP f/2.0
- Rakaman video pada 1080@30fps
8. Bateri 3,400 mAh dengan 18W fast charging (Quick Charge 3.0)
9. Sokongan Qi wireless charging
2. Samsung Galaxy Note 8 (Ogos 2017) @ RM1,399
"Cukup sifat dan tiada kompromi."
Itulah satu ayat yang paling lengkap menjelaskan tentang Samsung Galaxy Note 8. Ia mempunyai design yang premium, display berkualiti tinggi, kamera yang sangat baik, dan S Pen yang menambahkan keanggunan.
Spesifikasi:
1. Cip pemprosesan Snapdragon 835 Octa-core
2. Skrin Super AMOLED 6.3 inci
3. Kalis debu dan kalis air IP68
4. 6GB RAM
5. Storan dalaman 64GB / 128GB / 256GB
6. Slot kad microSD sehingga 512GB
7. Dwi SIM
8. Dwi kamera belakang:
- 12 MP f/1.7 dengan Optical Image Stabilisation (OIS)
- 12 MP f/2.4 telephoto dengan 2x Optical Zoom dan OIS
- Rakaman video pada 2160p@30fps / 1080p@60fps / 720p@240fps
9. Kamera hadapan
- 8 MP f/1.7
- Rakaman video pada 1440p@30fps
10. Bicu audio 3.5mm
11. Bateri 3,300 mAh dengan 15W fast charging (Quick Charge 2.0)
12. Sokongan Qi wireless charging
13. S Pen
3. LG G6 (Februari 2017) @ RM1,490
Telefon pintar paling underrated keluaran LG ini mendapat pujian demi pujian daripada peminat dunia teknologi kerana mendatangkan pakej yang hampir sempurna buat pengguna. LG G6 dianggap sebagai peranti yang matang dengan perisian yang lebih segar dan lebih kreatif jika dibandingkan dengan telefon Android lain.
Spesifikasi:
1. Cip pemprosesan Snapdragon 821 Quad-core
2. Skrin LCD 5.7 inci
3. Kalis debu dan kalis air IP68
4. 4GB RAM
5. Storan dalaman 32GB / 64GB / 128GB
6. Slot kad microSD sehingga 512GB
7. Dwi SIM
8. Dwi kamera belakang:
- 13 MP f/1.8, dengan 3-axis OIS
- 13 MP f/2.4 ultrawide
- Rakaman video pada 2160p@30fps / 1080p@30/60fps
9. Kamera hadapan
- 5 MP f/2.2
- Rakaman video pada 1080@30fps
10. Bicu audio 3.5mm
11. Bateri 3,300 mAh dengan 18W fast charging (Quick Charge 3.0)
4. Huawei P10 Plus (Februari 2017) @ RM1,499
Huawei P10 Plus mencuri tumpuan pada 2017 dengan kebolehan dwi-kamera Leica yang mampu mengambil gambar berkualiti tinggi. Digelar sebagai 'smartphone camera king', setiap gambar yang diambil menggunakan peranti ini pastinya memuaskan, walaupun pada hari ini.
Spesifikasi:
1. Cip pemprosesan HiSilicon Kirin 960 Octa-core
2. Skrin LCD 5.5 inci
3. Kalis percikan air
4. 4GB RAM / 6GB RAM
5. Storan dalaman 64GB / 128GB
6. Slot kad microSD sehingga 256GB
7. Dwi SIM
8. Dwi kamera belakang Leica:
- 12 MP f/1.8, dengan OIS
- 20 MP f/1.8 monochrome dengan 2x Optical Zoom dan OIS
- Rakaman video pada 2160p@30fps / 1080p@60fps
9. Kamera hadapan
- 8 MP f/1.9
- Rakaman video pada 720p@30fps
10. Bicu audio 3.5mm
11. Bateri 3,750 mAh dengan 18W fast charging
5. Huawei Mate 10 (Oktober 2017) @ RM1,499
Hujung tahun 2017 menyaksikan Huawei sekali lagi mengangkat reputasi mereka ke tahap yang lebih tinggi dengan kemunculan peranti Mate 10 yang serba lengkap. Kehadiran dwi-kamera Leica pada bahagian belakang sudah tentu menjadi selling point utama yang membuat ramai orang kagum dengan kualiti gambar yang diambil.
Spesifikasi:
1. Cip pemprosesan HiSilicon Kirin 970 Octa-core
2. Skrin LCD 5.9 inci
3. Kalis debu dan kalis percikan air IP53
4. 4GB RAM
5. Storan dalaman 64GB
6. Slot kad microSD sehingga 256GB
7. Dwi SIM
8. Dwi kamera belakang Leica:
- 12 MP f/1.6, dengan OIS
- 20 MP f/1.6 monochrome dengan 2x Optical Zoom dan OIS
- Rakaman video pada 2160p@30fps / 1080p@30/60fps
9. Kamera hadapan
- 8 MP f/2.0
- Rakaman video pada 1080@30fps
10. Bicu audio 3.5mm
11. Bateri 4,000 mAh dengan 22.5W fast charging
6. OnePlus 5T (November 2017) @ RM1,599
Jika lihat review OnePlus 5T di YouTube oleh peminat teknologi, masing-masing memberi pujian melambung tinggi kepada peranti ini yang dianggap salah satu yang terbaik untuk tahun 2017. Perincian dalamannya yang dipanggil Oxygen OS juga dikatakan tiada tolok bandingnya dari segi optimisation, kecekapan, dan mesra pengguna.
Spesifikasi:
1. Cip pemprosesan Snapdragon 835 Octa-core
2. Skrin AMOLED 6.01 inci
3. 6GB RAM / 8GB RAM
4. Storan dalaman 64GB / 128GB
5. Dwi SIM
6. Dwi Kamera belakang:
- 16 MP f/1.7
- 20 MP f/1.7
- Rakaman video pada 2160p@30fps / 1080p@30/60fps / 720p@30/120fps
7. Kamera hadapan
- 16 MP f/2.0
- Rakaman video pada 1080p@30fps
8. Bicu audio 3.5mm
9. Bateri 3,300 mAh dengan 20W fast charging (Dash Charge)
7. LG V30 (Ogos 2017) @ RM1,599
Pada Ogos 2017, LG sekali lagi melancarkan telefon pintar underrated yang lengkap dengan spesifikasi flagship. LG V30 menonjol dengan kamera wide angle yang menambahkan versatiliti, sistem audio Dolby yang hebat, dan kualiti kamera yang memberangsangkan, setanding dengan pesaing lain.
Spesifikasi:
1. Cip pemprosesan Snapdragon 835 Octa-core
2. Skrin P-OLED 6.0 inci
3. Kalis debu dan kalis air IP68
4. 4GB RAM
5. Storan dalaman 64GB
6. Slot kad microSD sehingga 512GB
7. Dwi SIM
8. Dwi kamera belakang:
- 16 MP f/1.6, dengan 3-axis OIS
- 13 MP f/1.9 ultrawide
- Rakaman video pada 2160p@30fps / 1080p@30/60fps / 720p@120fps
9. Kamera hadapan
- 5 MP f/2.2
- Rakaman video pada 1080@30fps
10. Bicu audio 3.5mm
11. Bateri 3,300 mAh dengan 18W fast charging (Quick Charge 3.0)
12. Sokongan Qi wireless charging
8. Huawei P20 (Mac 2018) @ RM1,689
Dengan skor 102 dalam carta DxOMark, tiada sebab untuk tidak menjadikan Huawei P20 sebagai peranti anda selepas ini. Dwi kamera Leica di belakang sememangnya mampu memberikan pengalaman fotografi yang menyeronokkan dengan kualiti gambar yang tiada kompromi. Tak perlu lihat lebih jauh, peranti ini sudah cukup untuk membuat anda gembira.
Spesifikasi:
1. Cip pemprosesan HiSilicon Kirin 970 Octa-core
2. Skrin LCD 5.8 inci
3. Kalis debu dan kalis percikan air
4. 4GB RAM
5. Storan dalaman 128GB
6. Dwi SIM
7. Dwi kamera belakang Leica:
- 12 MP f/1.8, dengan OIS
- 20 MP f/1.6 monochrome dengan 2x Optical Zoom dan OIS
- Rakaman video pada 2160p@30fps / 1080p@60fps / 1080p@30fps (gyro-EIS)
8. Kamera hadapan
- 24 MP f/2.0
- Rakaman video pada 1080@30fps
9. Bateri 3,400 mAh dengan 22.5W fast charging
9. Samsung Galaxy S8 Plus (Mac 2017) @ RM1,699
Saban tahun, siri Galaxy S dari Samsung tidak dinafikan antara telefon pintar terbaik setiap kali dilancarkan. Sama juga seperti Galaxy S8 Plus pada 2017, kedua-dua peranti ini masih layak diberi perhatian pada tahun 2019 kerana spesifikasinya yang mantap dan tidak lapuk!
Spesifikasi:
1. Cip pemprosesan Snapdragon 835 Octa-core
2. Skrin Super AMOLED 6.2 inci
3. Kalis debu dan kalis air IP68
4. 4GB RAM / 6GB RAM
5. Storan dalaman 64GB / 128GB
6. Slot kad microSD sehingga 512GB
7. Dwi SIM
8. Kamera belakang:
- 12 MP f/1.7 dengan OIS
- Rakaman video pada 2160p@30fps / 1080p@60fps / 720p@240fps
9. Kamera hadapan
- 8 MP f/1.7
- Rakaman video pada 1440p@30fps
10. Bicu audio 3.5mm
11. Bateri 3,500 mAh dengan 15W fast charging (Quick Charge 2.0)
12. Sokongan Qi wireless charging
10. Huawei Mate 10 Pro (Oktober 2017) @ RM1,699
Abang besar kepada Mate 10 iaitu Mate 10 Pro mempunyai sedikit kelebihan dari segi kualiti skrin, kapasiti bateri, IP rating, jumlah RAM, dan juga pilihan storan dalaman. Namun, ia 'terpaksa' mengorbankan slot kad microSD dan bicu audio yang rata-rata pengguna masih memerlukannya. Dari segi kamera, kedua-duanya didatangkan dengan dwi kamera Leica yang sama!
Spesifikasi:
1. Cip pemprosesan HiSilicon Kirin 970 Octa-core
2. Skrin AMOLED 6.0 inci
3. Kalis debu dan kalis air IP67
4. 4GB RAM / 6GB RAM
5. Storan dalaman 64GB / 128GB
6. Dwi SIM
7. Dwi Kamera belakang:
- 12 MP f/1.6 dengan OIS
- 20 MP f/1.6 monochrome dengan 2x Optical Zoom dan OIS
- Rakaman video pada 2160p@30fps / 1080p@30/60fps
8. Kamera hadapan
- 8 MP f/2.0
- Rakaman video pada 1080p@30fps
9. Bateri 4,000 mAh dengan 22.5W fast charging
11. Samsung Galaxy S9 (Februari 2018) @ RM1,889
Kemunculan Galaxy S10 yang terbaru menjadikan harga Galaxy S9 lebih murah berbanding sebelum ini. Telefon pintar yang baru setahun jagung ini langsung tidak ada kekurangan dari segi hardware, software, reka bentuk skrin melengkung, kamera yang berkebolehan, dan macam-macam lagi. Senang kata, you can never go wrong with the S9.
Spesifikasi:
1. Cip pemprosesan Snapdragon 845 Octa-core
2. Skrin Super AMOLED 5.8 inci
3. Kalis debu dan kalis air IP68
4. 4GB RAM
5. Storan dalaman 64GB / 128GB / 256GB
6. Slot kad microSD sehingga 512GB
7. Dwi SIM
8. Kamera belakang:
- 12 MP f/1.5 dengan OIS
- Rakaman video pada 2160p@60fps / 1080p@240fps / 720p@960fps (super slow-mo)
9. Kamera hadapan
- 8 MP f/1.7
- Rakaman video pada 1440p@30fps
10. Bicu audio 3.5mm
11. Bateri 3,000 mAh dengan 15W fast charging (Quick Charge 2.0)
12. Sokongan Qi wireless charging
12. Google Pixel 2 XL (Oktober 2017) @ RM1,989
Bila bercakap tentang peranti Pixel, pastinya orang ramai hanya akan tertumpu pada kameranya. Manakan tidak, walaupun mempunyai satu lensa sahaja, kualiti gambar yang diambil oleh peranti ini sememangnya tiada tandingan. Selain digelar sebagai 'camera champ', Pixel 2 XL juga lengkap dengan segala spesifikasi tinggi yang diidam-idamkan.
Spesifikasi:
1. Cip pemprosesan Snapdragon 835 Octa-core
2. Skrin P-OLED 6.0 inci
3. Kalis debu dan kalis air IP67
4. 4GB RAM
5. Storan dalaman 64GB / 128GB
6. Kamera belakang:
- 12.2 MP f/1.8 dengan OIS
- Rakaman video pada 2160p@30fps / 1080p@30/60/120fps / 720p@240fps
7. Kamera hadapan
- 8 MP f/2.4
- Rakaman video pada 1080p@30fps
9. Bateri 3,520 mAh dengan 10.5W fast charging