Sedih Suami Bandingkan Kecantikan Dengan Wanita Lain, Netizen Naik Bengang Lihat Video Ini
Sampai hati suami dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dalam dunia ini, wanita mana je yang suka bila dirinya dibandingkan dengan orang lain bukan?
Tambahan pula jika orang yang membandingkannya itu adalah suami sendiri. Betapa hancurnya hati seorang isteri jika diperlekehkan oleh orang yang tersayang.
Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila videonya menangis di tangga gara-gara mendapat cemuhan daripada suaminya menaikkan marah orang ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menangis sebab suami kata tak cantik macam perempuan lain
Menerusi video yang dimuat naik oleh @emy_easley, kelihatan dia terjumpa kawannya yang sedang menangis di tangga bawah rumahnya.
Apabila ditanya, rupa-rupanya wanita itu memberitahu bahawa suaminya mengatakan dirinya tidak cantik dan menarik macam perempuan lain.
"Sedangkan dia banyak berkorban untuk suami dia sampai diri sendiri pun dia tak sempat nak urus. I bawak dia naik atas, nak make over dia jadi macam perempuan lain tu," katanya.
Image via @emy_easley (TikTok)
"Suruh laki dia cermin diri dia pulak, maybe dia lupa nak cermin diri tu yang berani cakap macam tu" - Netizen
Ikutan tularnya video itu yang kini telah meraih 354K tontonan, 24.9K tanda suka dan 1.3K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram dan marah terhadap suami wanita tersebut.
Malah, ada yang mendoakan agar dia kembali kuat dan mencantikkan dirinya semula. Sememangnya, lelaki seperti itu tidak layak untuknya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @emy_easley (TikTok)
Image via @emy_easley (TikTok)
Image via @emy_easley (TikTok)
Image via @emy_easley (TikTok)
Image via @emy_easley (TikTok)
Image via @emy_easley (TikTok)
Image via @emy_easley (TikTok)
Image via @emy_easley (TikTok)
Image via @emy_easley (TikTok)
Image via @emy_easley (TikTok)
Tak apa kak, nanti bila dah cantik tunjukkan dekat dia akak jauh lebih cantik daripada perempuan dekat luar sana! :')
Image via says.com
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment