Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Seekor Lagi Kucing Ditemui Mati, Ganjaran RM10,000 Jejak Pembunuh Di Universiti Malaya

Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) berkata, kucing itu ditemui dengan ususnya hilang.

Cover image via @kmum1905 (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seekor lagi kucing ditemui mati dibunuh dengan badannya hancur dan anggota badannya dikerat di kampus Universiti Malaya (UM)

Dalam satu kenyataan di Instagram Story, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan kucing mati di Fakulti Perubatan pada Khamis, 2 Januari.

"Badan kucing itu telah dicacatkan secara meluas, mendedahkan organ dalamannya.

"Setelah diperiksa, terdapat luka terbuka dengan ketiadaan usus dan bahagian belakang kanannya juga hilang," katanya.

Image via @kmum1905 (Instagram)

Bagaimanapun, KMUM menggesa orang ramai mengelak daripada membuat spekulasi mengenai kejadian itu sehingga butiran lanjut disahkan.

"Kami hanya akan mengetahui maklumat lanjut selepas kucing itu dihantar untuk bedah siasat. Tolong elakkan daripada menyebarkan khabar angin," jelasnya.

Tambah KMUM, pihaknya telah memfailkan laporan polis dan memberi jaminan kepada orang ramai mengenai perkembangan terbaharu sebaik sahaja terdapat maklumat terkini.

Image via @kmum1905 (Instagram)

Ganjaran RM10,000 untuk maklumat jejaki pembunuh kucing

Dalam pada itu, Persatuan Pencinta Haiwan Selangor (SPCA) menawarkan ganjaran RM10,000 bagi maklumat sah yang membawa kepada pengecaman dan pendakwaan individu yang bertanggungjawab atas perbuatan kejam memotong anggota badan haiwan di Universiti Malaya (UM).

Pengerusi SPCA Selangor, Christine Chin, berkata perbuatan kejam itu bukan saja mengerikan dan menyayat hati, tetapi juga perbuatan jenayah berat mengikut Akta Kebajikan Haiwan Malaysia 2015.

"Kami menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat yang boleh dipercayai untuk tampil ke hadapan. Bersama-sama kita memastikan keadilan untuk haiwan yang tidak bersalah ini dan mencegah tragedi masa depan.

"Walaupun punca sebenar perbuatan kejam itu tidak diketahui, insiden itu menekankan keperluan untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah.

"Sama ada kecederaan berpunca daripada tindakan manusia atau interaksi haiwan sesat, adalah penting untuk menentukan fakta dan melaksanakan langkah-langkah untuk mencegah bahaya selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment