[VIDEO] Jual Sate Harga 'Kayangan', Mark Adam Kecewa Dengan Netizen & Jelaskan Isu Harga
Mungkin ada sebab kenapa dia letak harga tu?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penyanyi dan pelakon, Mark Adam mencuri perhatian selepas tular mengenai harga jualan makanannya
Di dalam sebuah video di TikTok @ceoofsodok, kelihatan individu berkenaan ketika itu sedang berada di sebuah pesta makanan.
Dalam video itu, dia telah pergi ke kedai penyanyi tersebut yang menjual sate dan memberitahu bahawa setiap set sate yang dijual akan mendapat tiga cucuk beserta dengan secawan minuman.
Tambah Mark, antara sate yang dijualnya adalah sate ayam, sate lembu dan sate kambing. Harganya pula bermula daripada RM19.90 sehingga RM24.90.
"Sate kita saiz 30, besar. Untuk ayam berharga RM19.90, untuk sate daging berharga RM21.90, sate kambing berharga RM24.90. Sekali dengan air blue lemon," kata Mark.
Namun, ternyata video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga ada yang mempersoalkan harga sate yang dijualnya itu dan menganggap ia adalah mahal.
Malah, selain Mark peniaga lain juga turut dikecam dek kerana menjual harga makanan yang tidak masuk akal.
Lihat video itu di bawah:
Mark Adam jelas kenapa letak harga sedemikian
Menerusi video di TikTok, @officialmarkadam dia telah terpanggil memberikan penjelasan selepas kecoh mengenai harga jualan satenya.
Dia juga meluahkan rasa kecewanya dengan komen netizen sehingga telah mengguriskan hati pekerjanya yang seperti tidak semangat untuk bekerja lagi.
"Saya tidak kisah (dengan komen negatif) sebab dah terbiasa dengan perkara sebegini. Pekerja saya adalah budak budak baru, semalam dan pagi tadi mereka telah hilang semangat selepas membaca satu komen, harga sate bhalut saya sebagai harga Isr*he*l.
"Harga sate daging saya, satu set, 3 cucuk termasuk air, RM21.90. Apa kata kita kira sama sama, macamana modal saya," katanya.
Tambah Mark, daging sate yang dijual adalah daging premium yang dilambil daripada kilang terkemuka yang juga menghantar daging sate ke restoran, hotel dan seorang chef terkenal.
"Jom kira modal. Sate yang saya jual ini, satu cucuk adalah 30 gram sebelum dibalut dengan popiah. Bukan macam sate biasa seperti dijual di luar sana. Modal untuk setiap cucuk sate saya adalah RM2.50, jadi RM7.50 untuk 3 cucuk.
"Air kita menggunakan cawan yang besar dan kuat, ada dua air dicampur termasuk dengan limau, harga modal kita letak RM3, tiada masalah. Jadi setakat ini, modal adalah RM10.50.
"Logistik, mereka hantar banyak barang barang ke sini dari Ampang ke Shah Alam dalam seribu lebih, dan sama juga harga untuk bawa balik ke.
"Jadi harga logistik untuk setiap set adalah RM2. Jadi setakat ini sebanyak RM12.50, ini harga anggaran untuk modal dalam setiap set yang pelanggan beli itu. Kemudian pembalut setiap sate itu adalah RM1.00 untuk setiap set.
"Gaji pekerja kami dalam RM500 seorang untuk 3 hari. Kalau ada untung lebih, kami akan bagi lebih. Gaji pekerja untuk setiap set adalah RM2.50. Dalam set ada kuah kacang, bernilai RM1.50 dalam setiap set. Setakat ini RM17.
"Apalagi, pengangkutan, maintenance, petrol dan juga runner. Kita letak RM1.00. Tapak niaga, ini adalah festival makanan no.1 di Malaysia, mesti ada harga. Tetapi untuk memuaskan hati awak semua, saya abaikan harga tapak.
"Barang maintenance, decoration, saya letak RM1. Jadi modal untuk setiap set adalah RM19.00.
"Harga tadi RM21.90 tolak dengan modal, jadi untung dia cuma RM2.90 untuk setiap set, adakah ini harga Isr*he*l?
"Jom kita bayangkan ada 1,000 orang pelanggan beli, untung RM2,900. Dan saya nak tanya awak semua, adakah ini cukup untuk bayar tapak niaga?
"Guys, kita ni berniaga, saya akui masih belajar. Dah ramai yang beli sate bhalut, namun yang tak beli pula yang ramai memberikan komen dalam tu, apahal?," jelasnya.
Lihat video penjelasan itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!